Pendedahan seorang wanita terhadap kecurangan suaminya itu sedang menjadi perhatian netizen di merata-rata platform media sosial. Dia dan suaminya yang dikatakan kerja sebagai anggota beruniform itu difahamkan berhubungan secara jarak jauh (PJJ) selama 2 tahun.
Kecurangan suaminya itu terbongkar apabila lelaki itu yang bekerja di Perak pulang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, wanita tersebut mendapati suaminya masih menggunakan telefon bimbit lama.
Dari situ, wanita tersebut mendapati bahawa rakan serumah yang kononnya dinamakan Aleef dalam telefonnya itu bukanlah seorang lelaki tetapi perempuan.
Artikel berkaitan : Cikgu Fadilah Buat Laporan Polis Berhubung Kes Curang Yang Tular Baru-baru Ini
Artikel berkaitan : Fattah Didakwa Curang, Fazura Dedah 3 Sebab Punca Bercerai Dengan Suami
Dalam mesej tersebut, terkandung ayat-ayat yang menunjukkan bahawa mereka seperti sepasang kekasih. Selepas mengetahui suaminya ada hubungan sulit, wanita tersebut reda jika perpisahan adalah solusi untuk kemelut rumah tangga ini.
Namun begitu, dia begitu terkejut apabila suaminya itu mempunyai hubungan sulit dengan wanita yang berstatus isteri orang dan difahamkan kekasih gelap suaminya itu juga mengamalkan perhubungan jarak jauh (PJJ) dengan suaminya.
“Aku ikhlas, aku reda kalau dia betul nak perempuan tu, aku sanggup lepaskan dia. Tapi tidak sampai aku dapat tahu yang perempuan tu isteri orang yang PJJ juga dengan suami dia.”
“Bila aku stalk perempuan tu cantik, ada kerjaya dan suami dia kerja offshore. Suami dia pun handsome betul ye nak dibandingkan dengan laki aku.”
Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang bengang dan mempertikaikan tindakan si suami dan kekasih gelapnya itu serta ada yang marah apabila membaca perbualan mereka.
Minta dijauhkanlah situasi macam ni berlaku kepada mana-mana pasangan. Apapun semoga wanita ini tabah dan dapat jumpa jalan penyelesaian untuk kebaikan diri.