Seperti yang semua tahu, bermula 1 Julai 2025, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memperkenalkan jadual tarif elektrik baharu selepas diluluskan kerajaan.
Walaupun kerajaan memberi jaminan bahawa pelarasan baharu ini bertujuan menawarkan caj yang lebih adil dan progresif, rami pengguna masih ragu-ragu dan mencari langkah penjimatan.
Artikel berkaitan: Tarif Elektrik Baharu Sebabkan Bil Mahal? Ini Apa Yang Korang Boleh Jangka
Artikel berkaitan: Bil Elektrik Naik Mendadak? Ini 5 Cara Untuk Sejukkan Rumah Tanpa Guna Aircond!
Lelaki kongsi tips jimat guna elektrik
Susulan pelaksanaan kadar tarif baharu itu, seorang pengguna Facebook tampil berkongsi tip yang didakwanya mampu membantu mengurangkan bayaran bil elektrik bulanan.
Ramai sedia maklum, salah satu barangan elektrik yang menyebabkan bil melambung tinggi ialah penyaman udara.
Kongsi Mohd Ezairol Rezan Zainol, dia menyarankan agar penggunaan penyaman udara dihadkan selepas pukul 10 malam, selaras dengan kadar tarif lebih rendah di luar waktu puncak yang ditetapkan antara 10 malam hingga 2 petang.
Katanya, suhu untuk penyaman udara perlu disetkan pada 24°C~26°C sambil kipas dibuka bagi tujuan penjimatan tenaga.
“Penggunaan kipas membantu menyejukkan hawa bilik agar suhu penyaman udara dapat dilaraskan lebih tinggi contohnya (24°C~26°C) bagi menjimatkan tenaga,” tulisnya.
Jelasnya, penggunaan kipas dan penyaman udara secara serentak bukan sahaja menjimatkan, malah telah diamalkan lebih 10 tahun dalam kediamannya.
“Sebelum ni ramai yang gelak baca dan ketawakan orang yang buka aircond dan dalam masa yang sama buka kipas masa tidur.
“Aku dah lebih 10 tahun buat camni. Setiap malam 3 unit aircond akan berfungsi dan bil elektrik rumah aku alhamdulillah selalunya di bawah RM180,” ujarnya.
Tambahnya lagi, tips penggunaan yang dikongsikan ini sebenarnya telah disarankan oleh pihak TNB sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Facebook