Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah menjalankan siasatan berhubung isu menjemput pempengaruh untuk merasmikan sebuah majlis anugerah akademik di sebuah sekolah di negeri itu, baru-baru ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan JPN Kedah, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pentadbir sekolah yang didapati melanggar peraturan sedia ada.
“Siasatan sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi peraturan yang sedang berkuatkuasa.”
JPN Kedah juga meningatkan semua pentadbir sekolah untuk memastikan jemputan kepada pihak luar mematuhi garis panduan.
“Tetamu yang dijemput perlu menjadi contoh yang baik selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara,” tulis kenyataan itu.
Artikel berkaitan: “Kementerian memang tak tapis ya?” – Netizen Persoal Pempengaruh Dijemput Rasmi Majlis Di Sekolah

Terdahulu, pempengaruh berkenaan memuat naik video di akaun media sosialnya, meluahkan rasa terharu kerana dijemput menjadi perasmi majlis di sekolah rendah berkenaan.
Bagaimanapun, hal itu menjadi perbincangan hangat warganet mengenai pemilihan sekolah dalam menjemput individu berpengaruh di media sosial.
Pempengaruh itu kemudian menjelaskan bahawa jemputan berkenaan dibuat atas kapasitinya sebagai seorang usahawan muda yang dilihat mampu memberi inspirasi kepada pelajar dan tiada kaitan dengan pengaruh politik.
Sumber: Facebook

8 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















