Berlaku satu kejadian tanah runtuh di Lorong Datuk Sulaiman 2, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pagi tadi yang mengakibatkan keruntuhan dinding tembok sebuah sekolah antarabangsa.
Memetik sumber Buletin TV3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur melaporkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu menerusi sistem MERS999 pada jam 7.18 pagi.
“Pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TTDI, BBP Sri Hartamas bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 15 orang anggota lain-lain pangkat sebagai ‘first responder’ untuk menangani insiden kecemasan.
“Tindakan operasi anggota membuat ‘size-up’ bagi memastikan kawasan tersebut berada dalam keadaan selamat,” menurut kenyataan itu.
Artikel berkaitan: Datuk Yusof Haslam Sudah Jangka Tanah Runtuh Bakal Berlaku, Sanggup Keluar Duit Poket Pasang Tembok Penahan
Artikel berkaitan: Lantai Tiba-tiba Pecah, Sekumpulan Penari Tarian Singa Terjatuh Ke Dalam ‘Sinkhole’
Kejadian tersebut telah menjejaskan dua buah kenderaan serta sebahagian bangunan sekolah termasuk bilik darjah, bilik guru, tandas dan perpustakaan.
Pihak bomba menjalankan penilaian keselamatan di lokasi dan menyerahkan laporan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tindakan lanjut.
Sumber memaklumkan, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan berhubung kejadian berkenaan dan operasi berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 7.55 pagi.
Sumber: Buletin TV3