dr akmal saleh selar mahasiswa bakar karikatur anwar

Kecoh di medial sosial apabila tular gambar dan video insiden sekumpulan mahasiswa membakar karikatur Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Tindakan peserta penunjuk perasaan di Sabah itu dikecam pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Merlimau, Dr Muhammad Akmal Saleh.

Dr Akmal dalam satu hantaran di Facebook, menyifatkan peserta yang berbuat demikian sebagai bodoh dan kurang ajar.

Artikel berkaitan: “Ustaz tak kesian ke?” – ADUN Merlimau ‘Mengamuk’, Setahun Murid Sekolah Belajar Atas Lantai

Artikel berkaitan: “Guna barang tempatan, bukan import” – PM Arah Henti Guna Barang Import Dalam Acara Rasmi

7942c681d3f1fb862bd515ed91e3c51f

“Kalau pejuang perlu berani, tetapi bukan bodoh dan kurang ajar. Berani bukan bermakna kita harus hilangkan adab sebagai manusia.

“Kepada adik mahasiswa yang rasa berani kerana berjaya bakar gambar Anwar, anda sebenarnya seorang yang bacul dan bodoh.”

Kata Ketua Pemuda UMNO itu juga, mereka yang pernah marah sebelum ini apabila imej pemimpin tidak dihormati juga berasa marah dengan tindakan melampau itu walaupun berlainan parti.

“Jika tidak berpuas hati dengan kenyataan saya, boleh aturkan perjumpaan dengan saya, saya nak sangat jumpa adik-adik mahasiswa ini,” katanya.

Difahamkan, aksi membakar karikatur Anwar itu berlaku di akhir bantahan pelajar terhadap isu rasuah yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad lalu.

Sementara itu, pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) menegaskan tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan insiden berkenaan.

UMS juga berkata, pihaknya akan membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: Facebook, Malaysia Gazette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.