Telah lebih seminggu umat Islam di negara kita menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan.
Namun, setiap tahun kes melibatkan geng plastik hitam atau individu yang tidak berpuasa sering menjadi sorotan ketika Ramadan.
Terkini, dua orang lelaki berusia 50-an kantoi tidak berpuasa apabila kedua-dua mereka ditemui sedang makan di sebuah warung milik bukan Islam di negeri Melaka pagi semalam.
Memetik laporan Berita Harian, kedua-dua individu itu terbongkar tidak berpuasa ketika Operasi Kesalahan Tidak Menghormati Ramadan yang dijalankan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka.
Artikel berkaitan: “Bawa mic” – [VIDEO] Aksi Wanita Ini ‘Sound’ Geng Plastik Hitam Dalam Kereta Buat Netizen Berdekah
Artikel berkaitan: 2 Beranak Kantoi Jual Nasi Bungkus Untuk Orang Ponteng Puasa Di Kelantan
Salah seorang daripada mereka memberi alasan tidak sihat atau sakit untuk berpuasa. Seorang lagi pula mengatakan dia tidak larat untuk berpuasa dan bekerja sebagai tukang rumah.
Difahamkan, disebabkan pintu belakang warung tersebut dikunci, pihak penguatkuasa JAIM terpaksa memasuki ke dalam warung itu menerusi tingkap.
Menurut Datuk Rahmad Mariman iaitu Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Melaka, meskipun tidak sihat, umat Islam yang tidak berpuasa tidak boleh makan di tempat awam ketika bulan Ramadan.
Ini kerana di bawah Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991: Kesalahan menjual makanan dan makan dalam bulan Ramadan.
Difahamkan, untuk kesalahan ini, individu yang terbabit dikehendaki untuk hadir ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
Pihak JAIM difahamkan akan terus memantau sepanjang Ramadan ini berkaitan isu ini.
Kalau tak puasa ketika Ramadan, korang tetap kena ganti puasa atau bayar fidyah tau…
Sumber: Berita Harian