“Tak sempat duduk SOLD OUT pukul 6!” – Peniaga Bazar Syukur Jualan Licin Lepas Ikut Nasihat Netizen

19 hours ago 9

Siapa sangka, teguran dan idea bernas daripada warga media sosial sebenarnya boleh mengubah nasib seorang peniaga dalam sekelip mata? Itulah yang dialami oleh seorang gadis peniaga di Bazaar Ramadhan Bandar Seri Putra, Bangi baru-baru ini apabila kisahnya mula tular di laman Threads.

Semuanya bermula dengan satu hantaran yang agak menyedihkan daripada pemilik akaun syaisukri___. Bayangkan, jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang yang merupakan waktu kemuncak orang ramai berpusu-pusu mencari juadah berbuka.

Artikel berkaitan: “Persaingan dalam perniagaan” – Jenama Mixue & Zus Masuk Bazar Ramadan, Ada Yang Luah Rasa Tak Puas Hati Tapi...

Artikel berkaitan: Tular Karipap Dijual Harga RM2.50 Sebiji Di Bazar Ramadan, KPDN KL Turun Padang Jalankan Siasatan

Namun, air dan mushroom soup di gerainya masih kelihatan penuh dan tidak terusik, dengan nada yang sayu, dia meluahkan rasa bingung memikirkan di mana silapnya perniagaan tahun ini sambil mengharapkan doa orang ramai agar urusannya dipermudahkan.

Hantaran tersebut ternyata menarik perhatian ramai di media sosial. Walaupun ada segelintir individu yang memberi komen ‘pedas’ menuduh dia kurang berusaha atau hanya tahu bermain telefon, ramai lagi netizen yang tampil memberikan tips praktikal untuk mencantikkan lagi imej gerainya.

Tanpa membuang masa dan tidak mahu terus melayan emosi, gadis ini memilih untuk mengambil segala tips yang dikongsikan oleh warga Threads sebagai strategi baru.

Antara perubahan drastik yang dilakukannya termasuklah membesarkan tanda harga supaya jelas kelihatan dari jauh tanpa perlu pelanggan bertanya berkali-kali. Bukan itu sahaja, dia mula mempamerkan menu yang sudah siap dibakar di depan mata pelanggan dan memastikan supnya sentiasa dipanaskan sehingga mengeluarkan wap yang menarik selera.

Hasilnya memang luar biasa dan di luar jangkaan! Dalam hantaran terbarunya, gadis ini meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila jualannya kini habis licin atau sold out seawal jam 6 petang.

Malah, ada hari di mana jualan tersebut habis sebelum pun tiba waktu berbuka. Sambil berseloroh, dia berkata kini dia mengakui nak duduk pun rasa takut kerana bimbang ada warga Threads yang sedang memerhatikannya.

Kisah ini membuktikan bahawa kuasa komuniti media sosial jika digunakan ke arah kebaikan memang sangat padu. Kadang-kadang, kita cuma perlukan sedikit teguran membina dan kesanggupan untuk berubah bagi melihat hasil yang luar biasa.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |