“Tahu-tahu dah habis” – Tiket Konsert Inteam Round Kedua Laku Keras, ‘Sold Out’ Dalam Masa 1 Jam!

22 hours ago 9

Memang luar biasa penangan kumpulan nasyid popular Inteam! Selepas kejayaan luar jangkaan konsert pertama mereka yang tiketnya habis ‘licin’ dalam masa kurang dua jam, penganjur tampil dengan pusingan kedua Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun.

Kali ini, kesemua tiket SOLD OUT dalam masa hanya 1 jam!

Difahamkan, konsert yang bakal berlangsung pada 28 September 2025 kini dipindahkan ke lokasi baharu yang lebih besar, iaitu IDEALive Arena, Petaling Jaya, bagi menampung sambutan hangat para peminat.

Menurut laporan media sebelum ini, Inteam membuat keputusan untuk tukar lokasi selepas ramai yang tidak sempat mendapatkan tiket untuk konsert pertama.

“Alhamdulillah. Terima kasih dan TAHNIAH kepada semua yang berjaya membeli tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun. Subhanallah. Ampun maaf kepada semua yang tak berjaya. Effort anda kami beri A+!!!

“InshaAllah ada BERITA BAIK juga yang akan kami umumkan. NANTIKAN,” tulis mereka di laman rasmi Facebook Inteam.

Artikel berkaitan: “Siap ada light stick” – Inteam Keluarkan Pelbagai Merchandise Sempena Konsert Kasih Kekasih Nanti

Artikel berkaitan: Kongsi Kebaikan Solat Jemaah, Ini Antara Video Terakhir Suhaimi Saad Sebelum Ditidurkan

inteam

Namun, tak semua bernasib. Ramai peminat meluahkan kekecewaan di media sosial kerana tidak sempat membeli tiket walaupun dah bersiap sedia awal.

“Tahniah Inteam. Kali kedua berturut-turut tak berjaya. Stuck di pertengahan, kemudian sold out. Harap dapat pertimbangkan Online Streaming Ticket macam konsert ke-20 tahun dulu,” kata Fadzil Fadmy.

“Tak sampai 5 minit pun dah sold out semua seat masalahnya,” kata Raja Nurul Nabila.

“Saya reda tak dapat tiket. Tak boleh klik walau cuba banyak kali. Tahniah kepada yang berjaya. Moga konsert Inteam berjalan lancar nanti. Aamiin,” komen Nor Hidayah.

Dalam kenyataan yang sama, pihak Inteam turut memaklumkan bahawa penggunaan bot dan multi-devices agak berleluasa dan mengganggu proses pembelian tiket.

Namun begitu, mereka memuji pasukan penganjur yang berjaya mengawal situasi tersebut dengan baik.

Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun diadakan bagi meraikan perjalanan seni 25 tahun kumpulan Inteam dalam industri muzik tanah air.

Ditubuhkan sekitar tahun 2000, Inteam telah menjadi antara kumpulan nasyid paling berpengaruh di Malaysia dengan lagu-lagu malar segar seperti Kalimah Cinta, Iman Mutiara, dan Hanya Tuhan Yang Tahu.

Sebelum ini, mereka pernah mengadakan Konsert 20 Tahun secara online ketika pandemik, juga mendapat sambutan luar biasa.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |