nahas bas

Minggu lalu, kejadian kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat yang menyebabkan 15 pelajar UPSI maut telah menggemparkan negara. Lebih menyayat hati apabila tragedi tersebut terjadi ketika penuntut-penuntut universiti itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke kampus selepas perayaan Aidiladha.

basGambar Fail

Susulan kejadian itu, ada pihak yang mencadangkan agar kerajaan melarang perjalanan bas pada lewat malam untuk mengelakkan kejadian seumpama itu berulang lagi.

Menurut BERNAMA, cadangan tersebut disyorkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menerusi kenyataan di Facebook kerana menurut presiden persatuan tersebut, kemalangan berkenaan berlaku pada awal pagi selepas bas itu bertolak pada waktu malam.

Menurut presiden persatuan itu lagi, risiko kemalangan boleh meningkat apabila waktu malam kerana pemandu cenderung untuk terlelap ketika mengendalikan bas.

Artikel berkaitan: “Brek bas tak berfungsi” – Pemandu Mohon Maaf Kepada Keluarga Mangsa & Pelajar UPSI

Artikel berkaitan: Nahas Bas Pelajar UPSI: Lesen Pengendali Bas Dibatalkan Serta Merta

Dalam masa yang sama, mungkin ada juga sesetengah pemandu yang mempunyai mentaliti mahu menyelesaikan tugasan perjalanan mereka untuk hari itu secepat yang mungkin yang menyebabkan mereka memandu laju dan mengabaikan undang-undang jalan raya.

Namun, meninjau ke ruangan komen di platform X, ada ramai warganet yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana mereka berpendapat bahawa masalah utama dengan kejadian kemalangan baru-baru ini ialah memandu bas secara melulu atau berbahaya serta masalah penyelenggaraan bas.

Selain itu, persatuan tersebut turut mengatakan bahawa keadaan jalan raya yang rosak dan juga perlu segera dibaiki dan lampu di kawasan jalan yang gelap perlu segera dipasang untuk mengurangkan risiko kemalangan.

Apa pula pendapat anda tentang isu ini? 

Sumber: BERNAMA, Facebook Consumers Association Penang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.