Tular di media sosial kes bunuh seorang penuntut universiti di Cyberjaya yang dikatakan dirogol sebelum dibunuh, namun pihak polis menafikan perkara itu.
Terbaru, suspek dikesan melakukan transaksi pengeluaran wang menggunakan kad pengeluaran wang automatik ATM milik mangsa selepas wanita itu dibunuh.
Artikel berkaitan: Pelajar Wanita Di Cyberjaya Disyaki Dib*nuh, Tiada Unsur R*gol – Polis
Artikel berkaitan: Selebriti Lelaki Disyaki Miliki Ganja Telah Ditahan Di Cyberjaya
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya mengesan sekitar lima hingga enam transaksi yang dilakukan di sekitar ibu negara.
“Berdasarkan siasatan kita, suspek lelaki terbabit mula melakukan transaksi pengeluaran wang menggunakan kad perbankan mangsa tidak lama selepas mangsa dibunuh.
Pada masa ini kita siasatan secara terperinci sedang dijalankan bagi membolehkan pihak polis mengenalpasti identiti suspek sekaligus mengesan keberadaannya,” katanya.
Menurut laporan Harian Metro, difahamkan kad bank mangsa adalah antara barang berharga yang dilaporkan hilang dalam kejadian bunuh itu.
“Selain kad ATM, barangan lain yang dilaporkan hilang adalah komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai.
Siasatan lanjut sedang dijalankan, beri kami ruang untuk menjalankan siasatan secara lebih lanjut,” katanya lagi.
Norhizam berkata, pada masa ini pihaknya sedang mengumpulkan maklumat termasuk merakam keterangan saksi kejadian.
Sebagai info, mangsa yang juga penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di sebuah universiti di Cyberjaya, ditemui mati sekitar jam 10 pagi kelmarin dalam bilik kediamannya di Mutiara Ville, dengan kesan kecederaan di kepala akibat hentakan objek tumpul.
Sumber: Harian Metro