Baru-baru ini, dua orang menteri iaitu Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi selaku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah menghantar surat peletakan jawatan selepas kedua-dua mereka kalah dalam pemilihan parti PKR pada bulan lalu.
Terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau masih memberi masa kepada dua menteri berkenaan dan berharap agar kedua-dua mereka mempertimbangkan kembali keputusan mereka meletakkan jawatan tersebut.
Menurut Malaysia Gazette, PMX turut berkata jika boleh, beliau mahu kedua-dua mereka itu menyertai semula Kabinet.
Artikel berkaitan: Kenapa Sidang Kemuncak ASEAN 2025 Diadakan Di KL & Bukan Putrajaya, Ini Penjelasan Menteri Komunikasi
Artikel Berkaitan: Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 Secara Rasmi Bermula Hari Ini, Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Persidangan Tersebut
… biar mereka berfikir …. Saya kalau boleh (mahu) mereka sertai semula (Kabinet). Surat (peletakan jawatan) sudah diterima, tetapi saya belum terima (luluskan) peletakan jawatan mereka,”ujar beliau ketika ditemui pemberita dalam sebuah majlis semalam.
Namun, Rafizi Ramli menerusi platform X semalam berkongsi bahawa beliau telah ke pejabatnya buat kali terakhir untuk urusan-urusan terakhir, termasuk mengemas pejabat.
Ia seakan isyarat bahawa beliau kekal berundur daripada jawatan Menteri Ekonomi yang disandang oleh beliau sebelum ini.
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa indivdu yang banyak membantu beliau mengusahakan inisiatif ekonomi di bawah Kementerian Ekonomi.
Sumber: Malaysia Gazette