Suami Nora Akhirnya Bersuara, Sedih Lihat Isteri Dikeji

7 hours ago 1

Februari lalu, penyanyi senior ternama, Datuk Nora Ariffin menarik perhatian netizen apabila mengumumkan dia akan memohon perceraian kali kedua dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Nora mendakwa permintaan itu sebagai tanda akur dengan permintaan anak tirinya yang sudah lama mengharapkannya dan suami berpisah.

Rushdi Ramli tampil jelaskan isu

Sekian lama mengunci mulut, Dr Rushdi Ramli akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung kehidupan berpoligami yang dilaluinya ketika ini.

Artikel berkaitan: “Saya sedang pujuk Ustaz…” – Akur Permintaan Anak Tiri, Nora Bakal Bercerai Kali Kedua?

Rushdi dalam satu perkongsian di Facebook menyifatkan tindakannya mengahwini Nora untuk membimbingnya dan anak-anak yang dalam keadaan terumbang-ambing selepas pemergian insan dicintai.

Tegasnya, niatnya memperisterikan Nora ikhlas kerana Allah dan jauh sekali untuk mencari populariti, ditambah pula mereka dalam bidang yang berbeza.

Rushdi turut memaklumkan dia tidak pernah terfikir untuk mengamalkan poligami, namun tidak mampu menolak takdir.

Screenshot 2025 03 12 155004

“Sebenarnya saya tak pernah terfikir berpoligami kerana secara peribadi saya merasakan tidak layak, sedar cabarannya amat banyak dan besar.

“Masyarakat pula sering mencanangkan idea negatif seperti isteri kedua adalah perampas kerana kehadirannya dikatakan boleh memporak-perandakan rumah tangga bahagia yang terbina selama ini.

“Namun, hakikatnya kita tidak dapat menolak takdir dan ketentuan Ilahi dalam hidup seperti dinyatakan dalam rukun iman,” katanya.

Mengenai kemelut berlaku susulan keputusannya berkahwin dua, Rushdi menyifatkan perkara itu adalah asam garam dalam kehidupan.

Rushdi menegaskan dia sentiasa berusaha menjaga batas-batas hukum halal dan haram namun dia mengakui sebagai seorang manusia pastinya tidak terlepas dari berbuat dosa.

“Saya menikahi seorang wanita yang kematian suami, bukan melakukn perkara yang dilarang & bertentangan dengan Islam.”

“Apakah alasan boleh diberikan sedangkan poligami dibenarkan dalam Islam dengan kata sepakat para ulama. Adakah saya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami, bapa kepada anak-anak yang sudah dewasa?,” ujarnya.

Sedih Nora dikeji

Dalam perkongsian itu juga, Rushdi turut meluahkan rasa sedih apabila Nora dilabel dengan pelbagai gelaran negatif hanya kerana statusnya sebagai isteri kedua.

Rushdi menyatakan isterinya itu mempunyai keperibadian baik dan sentiasa berpakaian sopan dalam setiap majlis dihadirinya.

Dengan penjelasan itu, Rushdi berharap tiada lagi sebarang spekulasi, tohmahan, tuduhan tidak berasas dan tanggapan terhadap terhadap dirinya serta keluarga. Dia juga memohon didoakan agar rumah tangganya berkekalan ke akhir hayat.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |