Tiket konsert Kasih Kekasih oleh kumpulan nasyid popular Inteam yang akan berlangsung pada September ini telah menjadi buruan ramai peminat sehingga kumpulan tersebut telah menambah tarikh konsert berikutan permintaan peminatnya yang ramai.
Terkini, kumpulan Inteam menerusi akaun TikTok mereka telah melancarkan pelbagai jenis merchandise comel bersempena dengan konsert mereka itu.
Antara merchandise konsert Inteam yang dijual ialah lightstick, plusy toy keychain bentuk kereta, tumbler, mafla, totebag serta baju.
Merchandise konsert kumpulan nasyid Inteam itu telah menjadi perhatian ramai peminat sehingga ada peminat yang tetap mahu mendapatkan merchandise berkenaan meskipun mereka tidak dapat menghadiri konsert tersebut.
Difahamkan, merchandise berkenaan boleh didapati menerusi laman web mereka.
Sumber: TikTok Inteam_Official