Aliran trafik di Lebuh Raya MEX menghala ke pusat bandar mengalami kesesakan teruk awal pagi tadi susulan berlakunya satu kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan.
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) e-hailing yang mengakibatkan seorang maut.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati Ford Fiesta dipandu lelaki berusia 31 tahun yang juga pegawai tentera dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh MPV tersebut.
“MPV itu membawa dua penumpang warga Bangladesh, masing-masing lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 20 tahun yang baru tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Akibat pelanggaran itu, penumpang lelaki yang duduk di barisan tengah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Artikel berkaitan: “Mana pemb*nuh suami saya” – Isteri Penunggang Motosikal Tak Tahan Sebak Ketika Masuk Mahkamah
Artikel berkaitan: Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara
Penumpang wanita warga Bangladesh mengalami kecederaan pada anggota badan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur, manakala pemandu e-hailing cedera di kepala.
Sementara itu, pemandu Ford Fiesta bersama penumpang wanita tempatan berusia 36 tahun mengalami kecederaan ringan.
Polis memaklumkan ujian pernafasan alkohol terhadap pemandu Ford Fiesta mendapati bacaan melebihi had dibenarkan, manakala ujian saringan air kencing adalah negatif.
Susulan itu, pemandu terbabit disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.
Sumber: Harian Metro

2 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















