“Sebagai anak rasa begitu salah, tekanan sampai ibu hidap penyakit kanser lagi sekali” – Syed Saddiq

5 hours ago 4

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meluahkan rasa lega selepas Mahkamah Rayuan melepas dan membebakan tuduhan terhadapnya. Dalam pada itu, beliau anggap sepanjang 2 tahun lalaui proses ini, Syed Saddiq anggap ia sebagai satu episod gelap yang dianggap ‘neraka’ baginya.

Beliau turut rasa bersalah terhadap ibu bapanya akibat kes itu kerana menyebabkan ibunya menghidap semula penyakit kanser. Sepanjang tempoh tersebut, integritinya cuba dicalar dan disebabkan itu juga ibu bapanya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Al-Sagoff terpaksa disoal siasat berulang-kali.

Artikel berkaitan : Syed Saddiq Bebas: Azam Baki Akan Buat Rayuan Di Mahkamah Persekutuan

Artikel berkaitan : [TERKINI] Syed Saddiq Dilepas & Dibebaskan, Ketepi Hukuman Penjara & Sebatan

“Jalan 5 tahun yang lepas memang penuh dengan rintangan dan cabarannya. 5 tahun itu adalah neraka kerana pihak cuba untuk mencalar integriti dan saya lebih mengambil berat tentang integriti saya berbanding nyawa saya sendiri.”

“Ibu ayah masuk keluar disoal siasat. Saya sebagai anak rasa begitu salah kerana tekanan sampai ibu menghidap penyakit kanser lagi sekali.”

Bahkan, sepanjang tempoh ini bermacam-macam tawaran yang beliau terima terpaksa ditolak demi memilih jalan yang lebih sukar untuk membersihkan namanya di mahkamah.

Screenshot 2025 06 25 161842

“Pelbagai tawaran yang saya terima, saya terpaksa tolak. Jalan mudah ditolak untuk membersihkan nama di mahkamah kerana akhirnya mahkamah itulah benteng terakhir bagi rakyat yang disalahi dan dikhianati.”

“Sebab itu kemenangan pada hari ini mengingatkan saya mengapa saya memilih jalan untuk mengabdikan diri kepada perjuangan untuk memajukan Malaysia.”

“Saya benar-benar mencintai negara ini lebih daripada nyawa saya sendiri dan akan melakukan apa sahaja untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang hebat.”

Dalam masa yang sama, beliau turut berharap agar apa yang beliau lalui ini tidak akan dialami oleh mana-mana musuh politiknya.

Screenshot 2025 06 25 162102

“5 tahun itu sangat lama apabila saya fikir segala rintangan, cabaran yang bukan setakat saya, ramai lagi yang lalui bersama dengan ugutan, sogokan tetapi saya ingat saat pertama apabila saya digertak, saya tidak rasa takut kerana saya tahu saya berada di pihak yang benar.”

“Nak tawar apa pun, nak ugut apa pun tak mengapa kerana akhirnya saya hanya sekadar kenderaan kecil yang rapuh, boleh ditukar pada bila-bila masa.”

“Tetapi kenderaan inilah akhirnya memilih jalan untuk mengabdikan diri kepada Malaysia dan rakyatnya.”

Sebagai rujukan, Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini telah melepas dan membebaskan bekas Menteri Belia dan Sukan itu daripada 4 pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang membabitkan dana ARMADA.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |