ft dr rafidah tegur air

Seperti yang kita sedia maklum, menjelang bulan Ramadan ini, pastinya video-video masakan akan ‘membanjiri’ laman utama media sosial, antara 2 individu yang pasti akan ‘lalu’ di media sosial kita adlah siapa lagi kalau bukan Khairul Aming dan Che Sayang.

Memandangkan ia menjadi tumpuan hampir semua rakyat Malaysia, ia membuatkan seeorang doktor yang dikenali sebagai Dr Rafidah Abdullah ingin terpanggil untuk tampil bersuara.

Artikel berkaitan : Tegur Bahaya Makan Sardin Tin, Dr Rafidah Sekali Lagi Dikecam

Artikel berkaitan : “Alasan rawatan konon” –  Dr Rafidah Dakwa Penggunaan Kanabis Untuk Rawatan Tidak Kukuh

Terkenal dengan ‘ketegasan’ dalam memberi teguran tentang perihal kesihatan, Dr Rafidah tampil menegur individu yang menonton kandungan mereka berdua agar sentiasa berhati-hati dengan kandungan gula.

Teguran itu dibuat  secara berkias menerusi akaun X miliknya dengan berkongsikan semula video Khairul Aming menunjukkan resepi idea minuman untuk juadah berbuka puasa, namun bagi Dr Rafidah, dia menjelaskan dia hanya minum air kosong untuk hilangkan rasa haus dan dapat hindari risiko kencing manis.

Saya berbuka air kosong.

Alhamdulillah hilang juga hausnya, tiada risiko kencing manis. https://t.co/EKlCgqXI87

— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) March 2, 2025

Teguran itu juga turut dibuat dalam satu video pekrongsian daripada Che Sayang dengan menggesa warganet agar berhati-hati dengan kandungan gula yang tinggi dan risiko kencing manis serta obesiti.

Hati-hati.
Kandungan gula tinggi.
Risiko kencing manis dan obesiti. https://t.co/LgWpe55iBq

— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) March 2, 2025

Kedua-dua video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong dengan Dr Rafidah dan ada juga yang mengecam.

Screenshot 2025 03 03 115612 Screenshot 2025 03 03 115640 Screenshot 2025 03 03 115714 Screenshot 2025 03 03 115751 Screenshot 2025 03 03 115837 Screenshot 2025 03 03 115912 Screenshot 2025 03 03 115946

Korang rasa macam mana?

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.