ibu zayn raya keluar lokap

Mahkamah Sesyen hari ini telah dimaklumkan bahawa Ismanira Abdul Manaf telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk diambil pengakuan bersalah selepas 6 bulan kematian kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin.

Saksi ke-28 pendakwaan, Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail mengatakan bahawa, ibu kepada Zayn Rayyan itu dibawa pada jam 9 pagi tarikh 12 Jun 2024.

Artikel berkaitan : Lelangit Leb*m, Pegawai Penyiasat Dedah Daun Pulai Dalam Tekak & Perut Zayn Rayyan

Artikel berkaitan : Mahkamah Tayang 10 Rakaman CCTV, Dipercayai Kelibat Zayn Rayyan Dalam Longkang

Jelas Mohd Hafizee yang sebelum ini bertugas sebagai egawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya lagi, tindakan itu dibuat adalah bertujuan untuk pengakuan bersalah di hadapan Majistret mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.

“Bagaimanapun, saya menerima arahan untuk tertuduh pertama, Zaim Ikhwan Zahari, dan tertuduh kedua, Ismanira, dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan pada jam 4 petang 13 Jun 2024.”

Sementara itu Mohd Hafizee yang kini bertugas sebagai Pegawai Risikan dan Operasi di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan turut mengatakan bahawa sesi lakonan semula di lokasi kejadian dilakukan susulan beberapa siasatan dilakukan pihaknya.

“Saya menerima laporan analisis daripada pihak forensik pada jam 5.16 petang 19 Disember 2023.

“Pada jam 11.30 pagi 16 Disember 2023, saya hadir ke lokasi kejadian di bahagian kolong air untuk membuat sesi lakonan semula ‘reconstruct’ berdasarkan rakaman CCTV yang memperlihatkan kelibat kanak-kanak dipercayai Zayn Rayyan masuk dan keluar dari kolong air di sebelah Apartmen Indah. Sesi ‘reconstruct’ selesai pada jam 2 petang.”

Beliau turut mengarah pasukan D6 Bukit Aaman untuk emrakam proses lakonan semula itu dan ia disalin ke dalam pemacu USB serta diserahkan kepadanya.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.