Tidak lama lagi, dijangka tidak akan ada lagi istilah ‘jutawan’ di Indonesia apabila pihak kerajaan negara itu mengumumkan mereka merancang untuk menukar nilai mata wang Rupiah menjelang tahun 2017.
Menurut laporan Channel News Asia (CNA), Kementerian Kewangan Indonesia mengumumkan mereka sedang merancang untuk redenominasi (denominasi semula) mata wang Rupiah untuk menambah baik ekonomi Indonesia sekali gus mahu mengekalkan kestabilan serta kredibiliti mata wang negara tersebut.
Difahamkan, Kementerian Kewangan Indonesia merancang untuk mengurangkan jumlah sifar dalam mata wang Rupiah. Contohnya, Rp1,000 akan menjadi Rp1.
Perancangan untuk mengurangkan jumlah sifar itu telah dibincangkan selama beberapa tahun namun negara itu setakat ini masih belum menemui waktu yang sesuai untuk melaksanakannya.
Gambar Sekadar HiasanArtikel berkaitan: “Apa Yang Berlaku Sebenarnya?” – Kronologi Di Sebalik Kejadian Rusuhan Di Indonesia
Artikel berkaitan: “Begini rasanya disayangi dunia” – Bukan Saja Dari Malaysia, Serata Dunia Kini Kirim Makanan Buat Pemandu Ojol Indonesia
Difahamkan, setakat ini juga belum dapat dipastikan berapa jumlah sifar yang akan dikurangkan namun ada pihak yang mengatakan tiga sifar dalam mata wang itu akan dikurangkan.
Buat masa ini, denominasi wang Rupiah adalah dari 1,000 hingga 100,000.
Gambar Sekadar HiasanSumber: Channel News Asia (CNA)

1 week ago
19































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















