Selepas memberi kebenaran untuk mengusahakan perlombongan emas secara sah, kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan permohonan lesen untuk pendulang dikeluarkan mulai Januari 2026 dan hanya kepada rakyat negeri itu sahaja.
Kebenaran itu selaras dengan Seksyen 28 Enakmen Mineral 2001 iaitu kerajaan negeri menetapkan emas yang diperoleh hanya boleh dijual kepada pembeli yang diiktiraf kerajaan negeri sahaja.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, warga Kelantan yang berminat boleh membuat permohonan lesen dekat Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dengan bayaran RM100 untuk setahun.
Bukan itu sahaja, individu yang mahu menjadi pembeli emas juga perlu memohon lesen.
Artikel berkaitan: “Andai kata dapat emas, itu rezeki terpijak” – Kelantan Cadang Beri Lesen Mendulang Kepada Pelancong Luar
Artikel berkaitan: “Kenapa emas mahal?” – Ini 5 Fakta Menarik Tentang Emas Yang Tak Ramai Tahu

Syarat & garis panduan mendulang emas
Mereka yang diberi lesen ini hanya dibenarkan menggunakan kaedah tradisional sahaja tanpa menggunakan sebarang alat atau mesin.
Manakala kawasan yang dibenarkan untuk mendulang emas hanyalah kawasan yang digazetkan sebagai tanah kerajaan.
Antara kawasan yang dibenarkan itu adalah di empat daerah iaitu:
- Tanah Merah
- Gua Musang
- Jeli
- Kuala Krai
Jika ada yang melanggar syarat dengan mendulang di luar kawasan yang ditetapkan, akan dikenakan tindakan undang-undang.
Sementara itu, mereka yang mahu melakukan aktiviti mendulang emas di tanah persendirian juga perlu memohon lesen.
Hasil emas yang diperoleh perlu dijual kepada pembeli emas yang berlesen dengan kerajaan negeri kerana pembeli emas juga perlu membayar royalti.
Kerajaan negeri juga menetapkan waktu mendulang bermula pada jam 8 pagi hingga 6 petang dan aktiviti ini tidak dibenarkan pada musim tengkujuh.
“Kita berharap penduduk Kelantan yang berminat dengan aktiviti ini dapat memenuhi syarat yang ditetapkan. Kita jangkakan ramai rakyat Kelantan berminat dan memohon lesen mulai bulan depan,” kata Mohamed Fadzli.
Sumber: Harian Metro

6 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















