Demi memohon kewarganegaraan Portugal, ribuan rakyat Israel dilaporkan beratur sejak awal pagi Jumaat di Cinema City Glilot, Ramat Hasharon bagi mendapatkan slot temu janji dengan Kedutaan Portugal, selain memperbaharui pasport.
Barisan yang panjang dan sesak itu dapat dilihat menjangkau hingga ke kawasan parkir bawah tanah susulan pengumuman kedutaan mengenai program khas ‘Old Times Are Back’ yang benarkan orang ramai hadir secara terus tanpa temu janji dalam talian, yang sekaligus memintas sistem tempahan digital kedutaan yang sering penuh.

Program khas ini dibuka selama dua bulan bermula Disember dan Januari, yang mana ia menarik kehadiran jauh melebihi jangkaan.
Ada yang tiba sebelum subuh, manakala sebahagian lain terpaksa berpatah balik lepas melihat barisan yang panjang.
Artikel berkaitan: “Kami seperti tinggal di Jurassic Park” – Penduduk Israel Kini ‘Diserang’Ular
Artikel berkaitan: 4 Warga Israel Ditahan Polis Thailand Di Koh Phangan, Leka Berparti Raikan Berakhirnya P*rang
Kedutaan Portugal dalam satu kenyataan di Facebook berkata, ribuan pemohon telah berjaya dibantu dalam acara itu dan “tiada siapa ditinggalkan tanpa perhatian”.
Difahamkan, permintaan rakyat Israel untuk kewarganegaraan Portugal telah melonjak sejak tahun 2015 selepas Lisbon memperkenalkan undang-undang yang membenarkan keturunan Yahudi Sefardi yang jadi mangsa pengusiran pada abad ke-16 memohon kewarganegaraan sebagai bentuk pemulihan sejarah.
Meskipun kerajaan Portugal pernah bercadang menamatkan dasar tersebut pada Disember 2023, ia kemudian berakhir dengan hanya mengetatkan permohonan. Pemohon kini perlu membuktikan hubungan lebih kukuh dengan Portugal, termasuk menetap di negara itu sekurang-kurangnya tiga tahun.

Kewarganegaraan Portugal menjadi pilihan ramai rakyat Israel disebabkan kelebihan pasport Kesatuan Eropah (EU) yang membolehkan pergerakan bebas di seluruh EU, kos sara hidup lebih rendah berbanding Israel, serta peluang pendidikan tinggi dengan yuran lebih rendah untuk warga EU.
Malah difahamkan permintaan terhadap pasport kedua juga meningkat sejak perang yang tercetus pada 7 Oktober 2023, yang mana menyaksikan rakyat Israel mencari alternatif keselamatan dan kestabilan, selain puluhan ribu yang telah meninggalkan negara itu sejak konflik bermula.
Sumber: Sinar Harian

1 hour ago
2































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















