syaz ft 2026 01 09T104605.511

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa penilaian terhadap Mustafa Kemal Ataturk perlu dibuat berdasarkan realiti sejarah awal abad ke-20, khususnya selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah susulan Perang Dunia Pertama.

Menurut beliau, pada ketika itu kuasa bersekutu seperti Greece, Britain dan Perancis berusaha memecah-belahkan wilayah Empayar Uthmaniyah menerusi perjanjian yang dimeterai pada tahun 1920 dan 1923.

Artikel berkaitan: Seorang Lelaki Warga Turkiye Ditahan Di KLIA Cuba Seludup Keluar 10 Ekor Ikan Discus

Artikel berkaitan: Terima Surat Takziah Dari PMX, Zizie Izette Luah Rasa Terharu

“Usaha ini bertujuan melemahkan dan menghapuskan empayar tersebut. Dalam keadaan itu, Mustafa Kemal memimpin gerakan ketenteraan yang berjaya menangkis pencerobohan dan mengalahkan beberapa kuasa penjajah,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar berkata, masyarakat Turkiye melihat Ataturk sebagai tokoh yang mempertahankan tanah air mereka daripada dijadikan wilayah jajahan Eropah, sekali gus membentuk penghormatan tinggi terhadapnya sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan secara peribadi tidak bersetuju dengan beberapa keputusan dan dasar Ataturk yang berkaitan dengan Islam, termasuk isu perubahan bahasa azan, tulisan serta aspek pentadbiran negara.

Namun demikian, Perdana Menteri berkata perbezaan pandangan tersebut tidak seharusnya menafikan sumbangan besar Ataturk dalam mempertahankan kedaulatan Turkiye.

“Ada dasar dan keputusan beliau yang saya tidak setuju dan tidak selari dengan pendirian saya, tetapi sumbangan beliau dalam menyelamatkan negara itu daripada dijajah tidak boleh dipadamkan,” katanya lagi.

Mengulas kecaman dan kritikan yang diterima di Malaysia, Anwar menyifatkannya berpunca daripada sikap tergesa-gesa dalam membuat penilaian selain kurangnya kefahaman terhadap latar belakang sejarah.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.