Nor Diana binti Khamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Nor ‘Phoenix’ Diana merupakan wanita berhijab pertama di dunia yang menjadi ahli gusti profesional.
Pertemuan dengan bintang lagenda WWE, John Cena, bukan sesuatu yang ada dalam ‘2025 bingo card’ buat atlet gusti tersebut namun momen itu nyata menjadi antara pengalaman paling bermakna dalam hidupnya.
Artikel berkaitan: Ini 5 Ahli Gusti Yang Korang Tak Tahu Sebenarnya Muslim!
Artikel berkaitan: “Bertanjak ke Hollywood” – Shaukat Jadi Penggusti Malaysia Pertama Ke ‘Reality of Wrestling’
Menerusi satu hantaran di media sosial, Phoenix mengakui masih berasa seperti dalam mimpi apabila berpeluang bertemu dan belajar secara langsung daripada salah seorang ikon terbesar dunia gusti itu.
“Thank you for giving us your time and wisdom even with your packed schedule. Just being invited was already a blessing… learning from the GOAT is truly priceless,” tulisnya.
Phoenix turut mengucapkan terima kasih kepada Lodestone Est 2025 atas jemputan istimewa yang membuka ruang untuk beliau menimba ilmu daripada idola ramai itu.
Ruangan komen pula penuh dengan netizen yang turut teruja dan bangga dengan pencapaian Phoenix.

Sumber: Instagram

7 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















