Pempengaruh Mukbang Terkenal, Efecan Kultur Meninggal Dunia Pada Usia 24 Tahun Akibat Komplikasi Obesiti

4 hours ago 1

Dunia media sosial dikejutkan dengan pemergian pempengaruh TikTok terkenal dari Turkiye, Efecan Kultur, yang meninggal dunia pada usia 24 tahun akibat komplikasi kesihatan berkaitan obesiti.

Tapi, korang tahukah apa itu ‘mukbang’? Kalau korang selalu tengok video orang makan banyak-banyak sambil berbual dengan penonton, itulah mukbang!

Konsep tersebut asalnya popular di Korea Selatan sekitar tahun 2010, tetapi berkembang ke seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Malah, ramai yang buat content sebegini sebab ia menghiburkan dan boleh jana pendapatan lumayan. Tapi, di sebalik keseronokan ni, ada risiko besar yang menanti.

Efecan Kultur sendiri dikatakan bergelut dengan masalah obesiti, tapi masih terus melakukan video mukbang sebab ia menjadi sumber pendapatan.

Ramai yang kagum dengan seleranya makannya, tapi dalam diam, kesihatannya semakin merosot.

Kultur pernah mengalami masalah pernafasan sebelum disahkan ada penyakit jantung dan akhirnya hampir tidak boleh bangun dari katil.

Artikel berkaitan: Pempengaruh ‘Mukbang’ Yuka Kinoshita Umum Bersara Kerana Faktor Kesihatan & Umur

Artikel berkaitan: YouTuber Mukbang Hilang Lebih 100kg Senyap-senyap Dalam Tempoh 2 Tahun

efecan 918x600 1Pempengaruh Mukbang terkenal dari Turkiye, Efecan Kultur

Sebelum meninggal dunia, Kultur sebenarnya ada usaha untuk mengubah gaya hidupnya.

Dalam video mukbang terakhirnya pada Oktober 2024, dia ada menyatakan niat untuk berdiet dan mengurangkan pengambilan garam.

Malah, dia juga mengakui bahawa kesihatannya semakin merosot akibat pemakanan tidak terkawal dan ingin membuat perubahan.

Namun, pada Januari tahun ini, dia mula berkongsi keadaan kesihatannya dari hospital.

Keadaannya semakin kritikal, dan selepas tiga bulan menerima rawatan, dia menghembuskan nafas terakhir pada 7 Mac.

Buat mereka yang minat tengok mukbang, mungkin ini masa untuk lebih berhati-hati dan pilih content yang lebih seimbang. Kesihatan tetap nombor satu, tak kisahlah sebanyak mana views atau likes yang kita kejar!

Mungkin dah tiba masanya kita tanya diri sendiri, “Adakah content sebegini benar-benar berbaloi atau hanya memberi kesan negatif dalam jangka panjang?”

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |