Pemandu Van Sekolah C*bul Murid Lelaki 7 Tahun, Merayu Bayar Pampasan Lepas ‘Kantoi’ Dengan Ibu

1 day ago 8

Seorang murid lelaki berusia 7 tahun menjadi mangsa serangan seksual oleh pemandu van sekolah persendirian. Perkara itu didedahkan sendiri oleh ibu mangsa.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, si ibu menunjukkan gambar tangkap layar perbualannya dengan pelaku di mana pemandu tersebut berulang kali meminta maaf kepadanya selepas mengakui perbuatannya itu.

Artikel berkaitan : Lelaki Didakwa Cabul Wanita Di Pasar Raya, Caprice Gesa Polis Buru Pelaku

Artikel berkaitan : Guru Wanita Didakwa Cabul Murid, Kementerian Pendidikan Akan Ambil Tindakan Jika Didapati Bersalah

Lebih aneh lagi, lelaki itu turut merayu kepada ibu bapa mangsa yang dia akan membayar keluarga tersebut dengan wang tunai sebagai ‘pampasan’ atas kejadian yang berlaku.

“Saya serius, saya akan bayar pampasan kepada awak. Itu salah saya sebab sentuh punggung dan kemaluan anak awak.”

Bagaimanapun, laporan polis telah dibuat dan menurut laporan tersebut, kejadian itu berlaku pada 19 Mei lepas kira-kira dalam jam 10.30 pagi. Pelaku telah membawa mangsa yang berusia 7 tahun itu ke rumahnya yang terletak di Damansara Perdana, namun menceritakan hal berkenaan kepada ibunya pada 27 Mei sekitar jam 9 malam.

Dalam laporan tersebut ada menyatakan bahawa pelaku telah memasukkan jari telunjuk ke dalam dubur dan menggesel kemaluan mangsa menggunakan kedua-dua belah tangannya.

Menurut ibunya, sehingga 28 Mei, dia menerima banyak mesej daripada beberapa individu yang mendakwa pelaku yang sama telah mencabul beberapa orang lain lagi sebelum ini.

Screenshot 2025 05 30 114808

“Saya akan kumpul lebih banyak bukti untuk diberikan kepada pihak polis. Saya tak tahu dah berapa banyak budak-budak dia dah bawa balik ke rumahnya tapi saya harap perkongsian ini dapat memberikan kesedaran.”

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar telah mengesahkan kepada WORLD OF BUZZ mengenai kejadian tersebut. Katanya, suspek telah pun ditahan reman oleh pihak polis sehingga 31 Mei ini bagi mambantu siasatan.

Katanya, suspek bukan seorang pemandu bas sekolah, tetapi dia menggunakan van peribadi miliknya.

Malah, sumber turut melaporkan bahawa ibu mangsa mendakwa dia turut menemui banyak foto bogel budak-budak lelaki dalam telefon bimbit mangsa.

“Kes ini masih dalam siastaan dan buat masa ini kami tidak dapat mendedahkan butiran secara lanjut,” jelas Shahrulnizam kepada WORLD OF BUZZ.

Semoga mangsa-mangsa lain untuk berani tampil bagi membendung perkara ini jadi semakin melarat.

Sumber : WORLD OF BUZZ, Facebook

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |