Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kejadian tragis yang menimpa ibu dan anak apabila kedua-dua mangsa telah maut dipercayai akibat ditikam oleh seorang pelajar Tingkatan Lima yang juga merupakan anak kedua mangsa dan adik mangsa.
Suspek iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun telah ditahan kerana dipercayai telah menikam ibunya yang juga merupakan seorang guru dan abangnya yang berusia 21 tahun di kediaman mereka.
Seorang lagi mangsa yang merupakan adik suspek telah mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.
Suspek dikatakan merupakan seorang yang pendiam dan perkara ini turut dikongsikan oleh jiran keluarga ini, lapor Malaysia Gazette.
Artikel berkaitan: Tekanan Belajar & Dendam Punca Anak T*kam Ibu & Abang Sulung Di Melaka
Artikel Berkaitan: Kes Tragis Guru Di Melaka, Ucapan Sempena Hari Ibu Undang Sebak Netizen
Menurut perkongsian jiran keluarga suspek, dia sangat terkejut apabila mengetahui remaja lelaki tersebut menikam abang dan ibunya sendiri.
Meskipun jiran tersebut mengakui bahawa dia kerap mendengar empat beranak itu bergaduh sejak suami mangsa meninggal dunia pada awal tahun ini, namun mereka tidak pernah menyebabkan masalah kepadanya sebagai jiran.
Jiran keluarga itu turut mengatakan dia tidak pernah melihat remaja itu bergaduh dengan ibu atau abangnya di kawasan luar rumah.
Jika mereka ada bergaduh pun, ia hanya berlaku di dalam rumah mereka,” kongsinya selaku jiran keluarga tersebut.
Dalam masa yang sama, individu itu turut berkongsi bahawa dia ada sesekali terserempak dengan suspek ketika mahu masuk ke dalam rumah namun tidak pernah berbual dan remaja itu hanya senyum kerana dia dikatakan seorang yang pendiam.
Siasatan awal mendapati bahawa kejadian itu berlaku kerana suspek mengalami tekanan akibat ibu dan abangnya yang sering memaksanya untuk belajar.
Sumber: Malaysia Gazette