penuntut politeknik

Seorang pelajar Politeknik Merlimau, Melaka ditemui dalam keadaan telah meninggal dunia di rumah sewanya pada tengah hari Jumaat semalam.

Menurut Berita Harian, mangsa yang berusia 19 tahun itu difahamkan telah ditemui oleh rakan serumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri di depan biliknya.

Difahamkan, mangsa tinggal di rumah sewa itu bersama 14 orang rakan serumah.

Rakan serumah telah bergegas menghubungi talian kecemasan untuk bantuan.

pelajar politeknik

Artikel berkaitan: Gagal Elak Tanah Runtuh, Kereta Terjunam Ke Dalam Gaung Di Gua Musang

Artikel berkaitan: Kereta Terjunam Dalam Gaung, Lelaki Ditemukan Maut Lepas Seminggu Dilaporkan Hilang

Walau bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan oleh pasukan perubatan mengesahkan bahawa mangsa, Mohamad Zul Hakimi Abdul Rahman telah meninggal dunia.

Mangsa difahamkan tidak mempunyai rekod penyakit kroik dan tiada kesan jenayah juga ditemui pada tubuh mangsa.

Untuk proses bedah siasat, jenazah mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin.

Siasatan akan diteruskan oleh pihak polis agar punca sebenar kematian mangsa dapat dikenal pasti.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.