Hari duka buat rakyat Malaysia.
Semalam, bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Perkara itu disahkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran di media sosial yang memaklumkan Allahyarham yang juga dikenali sebagai ‘Pak Lah’ telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.10 malam.
Susulan itu, kerajaan dalam satu kenyataan rasmi dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) memutuskan supaya Allahyarham diberi penghormatan “Istiadat Pengebumian Negara”.
Menurut JPM, jenazah akan dibawa ke Masjid Negara, Kuala Lumpur pada jam 8.00 pagi bagi pengurusan jenazah dan penghormatan terakhir akan diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Negara bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢
𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐁𝐔𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀
𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐍 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐖𝐈
𝟏𝟓 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓 pic.twitter.com/datamt9m00
— Jabatan Perdana Menteri (@jpmgov_) April 14, 2025
Artikel berkaitan: “Semoga Pak Lah terus sihat” – Orang Ramai Terkejut Tengok Keadaan Terkini Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ramai Sebak Tengok Keadaan Terkini Pak Lah
JPM nyatakan kod pakaian bagi pelawat
Dalam pada itu, JPM juga menyatakan kod pakaian bagi pelawat lelaki dan wanita Islam serta bukan Islam bagi mereka yang ingin memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham.
Pakaian bagi pelawat lelaki Islam adalah Baju Kebangsaan warna hitam, bersamping hitam tanpa sebarang corak dan bersongkok hitam. Manakala bagi pelawat wanita Islam, kod pakaiannya adalah baju kurung/kebaya labuh warna gelap dengan selendang atau tudung putih.
Pakaian bagi pelawat bukan Islam lelaki pula adalah Lounge Suit gelap. Manakala bagi wanita bukan Islam, pakaian sopan warna gelap dan berselendang putih. Pakaian yang bersesuaian juga boleh dipakai.
JPM juga memaklumkan yang semua bangunan di dalam jarak radius 2 kilometer daripada Masjid Negara hendaklah mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang sehingga selesai Istiadat Pengebumian.
Dalam perkembangan terbaru, jenazah Allahyarham Tun Abdullah telah selamat tiba di Masjid Negara kira-kira jam 8.15 pagi tadi, diiringi kawalan keselamatan pasukan polis dan tentera.
Jenazah Perdana Menteri Kelima itu akan dimandikan sebelum diberi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga dan orang awam. Jenazah difahamkan akan disembahyangkan selepas solat Zuhur dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Al fatihah dan salam takziah buat keluarga besar Allahyarham…
Sumber: X, Utusan Malaysia