Seperti yang kita sedia maklum, pempengaruh Aisar Khaled telah mendapat perhatian dan sambutan hangat di Indonesia. Tidak dinafikan ramai yang begitu teruja apabila melihat pempengaruh ini ke negara tersebut.
Dalam keterujaan melihat penerimaannya di negara jiran, timbul satu perkara yang menjadi tumpuan netizen apabila tular salah satu hantaran di TikTok memperlihatkan reaksi Aisar Khaled.
Artikel berkaitan :
Artikel berkaitan :
Dalam video yang ebrdurasi 40 saat itu, dilihat Aisar dikerumuni oleh orang ramai yang majoritinya wanita dan ada yang mencuit-cuit dirinya. Aisar yang duduk terdiam di situ cuba menepis sentuhan orang ramai.
Berdasarkan pemerhatian netizen, riak wajah Aisar dilihat begitu tidak selesa dan rimas untuk menghadapi situasi tersebut.
@eliyanna007@AisarKhaledd @AisarSultanMalaysia #viraltiktok #aisarkhaledd #aisarsultanmalaysia #batamtiktok #fyppppppppppppppppppppppp
♬ suara asli – eliyanna💋 – eliyanna💋
Menjengah ke ruangan komen, ada yang menegur sikap mereka yang tak menjaga batas dan majoriti menyatakan bahawa reaksi muka Aisar itu seperti terang-terangan rasa tak selesa.
Mungkin mereka teruja dan hargai Aisar, lagi-lagi kalau susah nak dapat jumpa atau mungkin memang Aisar jenis mempunyai riak wajah macam tu di balik tabir.
Sumber : TikTok