collage 12

ATLAS Vending, peneraju terkemuka mesin layan diri di Malaysia, telah mencatat pencapaian bersejarah apabila berjaya meraih pengiktirafan Rekod Dunia Guinness (GWR) bagi kategori ‘Mesin Layan Diri Kitar Semula Ternipis dengan Sistem Pemadat’. Majlis pelancaran ini telah berlangsung di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dengan kehadiran pegawai rasmi Guinness World Records yang mengesahkan pencapaian luar biasa ini.

Majlis pelancaran ini berlangsung di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dirasmikan oleh Yang Berhormat  Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia, bersama Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika, serta Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika. Turut hadir sama ialah pemegang saham utama, rakan industri, dan media yang menyaksikan komitmen ATLAS Vending dalam menerajui inovasi lestari.

Screenshot 2025 05 16 at 1.30.08 PM

ATLAS ECOPOD ialah mesin layan diri kitar semula yang direka untuk mengumpulkan botol PET dan tin aluminium, berteraskan prinsip kecekapan, ketepatan dan teknologi mesra pengguna. Reka bentuknya yang ultra-nipis menjadikannya amat sesuai untuk persekitaran bandar moden serta kawasan awam bertrafik tinggi. ATLAS ECOPOD yang dikuasakan oleh sistem AI, mampu mengimbas, mengasing dan memberikan ganjaran dalam bentuk mata penebusan kepada pengguna yang mengitar semula.

Screenshot 2025 05 16 at 1.30.35 PM

  • ATLAS Vending dengan bangganya memperkenalkan ATLAS ECOPOD, sebuah mesin layan diri kitar semula berasaskan kecerdasan buatan (AI). Inovasi ini membolehkan pengguna menukarkan botol PET dan tin aluminium kepada mata ganjaran yang boleh ditebus, menjadikan amalan kitar semula lebih mudah, berinsentif dan sesuai dengan gaya hidup moden.

  • Sebagai hasil inovasi tempatan dalam teknologi hijau, ATLAS ECOPOD mentafsir semula pendekatan terhadap kitar semula menerusi gabungan reka bentuk padat, kejuruteraan pintar dan inovasi yang berfokuskan kelestarian.

  • Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Yang Berhormat  Nik Nazmi bin Nik Ahmad turut mencerminkan kerjasama erat antara sektor kerajaan dan swasta dalam memacu usaha kelestarian di peringkat nasional.