Pihak polis kini sedang mengesan ibu kandung kepada dua beradik yang meninggal dunia akibat lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin, wanita berusia 41 tahun yang turut berada di dalam kenderaan bersama dua beradik itu bukanlah ibu kandung mereka.
Artikel berkaitan: Kes Dua Beradik Lemas: Bedah Siasat Belum Dibuat, Suasana Luar Bilik Mayat Lengang
Artikel berkaitan: Beri Keterangan Meragukan, Ibu Bapa Dua Beradik Lemas Ditahan Polis
Ujarnya, wanita tersebut merupakan teman wanita kepada bapa mangsa.
“Setakat ini, status hubungan antara bapa dan ibu kandung kanak-kanak tersebut masih belum dapat dipastikan sama ada mereka masih suami isteri atau sudah berpisah,” katanya.
Terdahulu, polis menahan reman bapa dan teman wanitanya selepas didapati memberi keterangan yang meragukan berhubung kejadian terbabit.
Hasil semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Sumber: Sinar Harian