Walaupun keluar bersama dengan keluarga, kaum wanita masih menerima ancaman yang tidak diduga.
Perkara ini dialami seorang wanita yang berkongsi pengalaman pahit apabila dia menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pelajar universiti ketika berada di sebuah pasar raya bersama keluarga.
Menerusi hantaran tular yang dimuat naik Erny Nuryassmien di Facebook, dia menyedari aksi pelik seorang pemuda berbaju kuning yang asyik mengikutnya sambil memegang telefon bimbit dalam keadaan menegak dipercayai untuk merakam.
Artikel berkaitan: Lelaki Malaysia Kantoi Dalam CCTV Cuba Curi Duit & Kad Bank Di Jepun
Artikel berkaitan: “Dari tadi ikut saya” – Lelaki Berniqab Kantoi Intai Wanita Tukar Baju Dalam Tandas
Dia pada mulanya tidak mempedulikan tindakan lelaki itu. Namun, tingkah lakunya yang merakam turut disedari oleh anaknya hingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk memberitahu suami.
“Anak-anak pun perasan, dengan kehadiran budak ni. ‘Dia asyik tengok kita je umi’. Ada bagitahu husband, husband pun terus ikut budak ni dari belakang,” katanya.
Disebabkan rasa tidak puas hati, dia bertindak untuk terus berhadapan dan menyoal tindakan pelajar terbabit.
Kantoi rakam video ibu hamil
Ketika disoal, pelajar berusia 20 tahun itu pada mulanya menafikan dia membuat sebarang rakaman seperti yang didakwa mangsa.
Bagaimanapun, mereka terkejut apabila menemukan koleksi video yang dirakam setelah suaminya memeriksa telefon pelajar berkenaan.
Lelaki itu akhirnya mengakui telah lama melakukan kegiatan terbabit untuk tujuan memuaskan nafsu sendiri.
“Rupanya ada beberapa video saya, siap zoom belakang saya dan beberapa video perempuan mengandung lain. Berpurdah pun ada. Taste memang dengan orang mengandung.
“Video terpaksa dipotong atas tindakan seterusnya. Perasaan seorang suami tak dijangka kalau isteri kena macam ni dan ditenteramkan oleh orang ramai. Sampai terkencing pelaku akibat takut,” kongsinya.
Lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis dan satu laporan mengenainya dibuat.
Menurut Erny, dia pada awalnya bertegas mahu mengheret si pelaku ke muka pengadilan namun atas budi bicara dengan pihak polis, dia memilikhuntuk menarik semula laporan memandangkan lelaki itu masih muda.
Katanya, dia akan melaporkan kes berkenaan kepada pihak universiti agar tindakan tatatertib dapat diambil.
Dalam perkembangan terbaharu, Erny memaklumkan laporan yang dibuat kepada pihak polis masih ada selepas orang ramai menasihatinya untuk tidak menarik semula laporan.
Sumber: Facebook