ft lelaki OKU kudung

Kisah pilu seorang lelaki OKU yang berkaki kudung yang dikenali sebagai Jefree ini dilihat sedang menjadi perhatian dan meraih simpati orang ramai.

Bagaimanapun, ahli keluarga telah tampil memberi respon dengan menjelaskan bahawa terdapat sedikit salah faham kerana Jefree masih mempunyai adik beradik yang menjaga dan menyokongnya untuk terus menjalani hidup yang lebih baik.

Artikel berkaitan : “Doa dan sokongan sudah memadai” – Tular Video Pak Cik OKU Berjalan Seorang, Ini Penjelasan Keluarga

Artikel berkaitan : Berselisih Faham Dengan Isteri Punca Lelaki Hilang Fokus Bawa Kereta Lawan Arus

Bukan itu sahaja, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) turut terpanggil untuk bersuara dengan menyatakan bahawa Jefree ada menerima bantuan bulanan secara tetap daripada mereka sejak tahun 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, lelaki berusia 49 tahun itu juga selalu menerima bantuan kecemasan secukupnya setiap kali hadir ke pejabat hampir setiap minggu.

Screenshot 2025 07 04 134010

“Menurut rekod MAIPk, Jefree Regan merupakan salah seorang daripada 13,000 asnaf yang sedang menerima bantuan kewangan secara tetap bulanan daripada MAIPk sejak 2016.”

“Beliau juga termasuk penerima sumbangan tambahan sempena sambutan Aidilfitri dan Aidiladha 2025 yang lalu. Kisah sebenar di sebalik kehidupan beliau tidak wajar kami dedahkan bagi menjaga maruah dan amanah harta zakat antara muzakki (pembayar zakat) dan asnaf (penerima zakat).”

Screenshot 2025 07 04 134025

Jelas Syamsul Hazeman lagi, pihak mereka sentiasa komited untuk menyalurkan bantuan secara bersasar kepada golongan yang memerlukan.

Malah beliau turut menyarankan kepada orang ramai agar mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi dan tidak menyebarkan sebarang info yang masih belum disahkan kesahihannya bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga nama baik semua pihak.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.