June 28, 2025, 4:21 pm

laporan insiden letupan putra heights

Hampir genap tiga bulan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Selangor yang berlaku pada awal April lalu iaitu ketika hari kedua sambutan Aidilfitri.

Laporan bertulis siasatan insiden tersebut telah pun siap semalam dan akan diumumkan pada Isnin nanti, lapor Berita Harian.

Difahamkan, ia tidak boleh dibentangkan semalam memandangkan hari semalam ialah cuti umum Awal Muharam, jadi laporan itu akan diumumkan pada Isnin ini.

7

Artikel Berkaitan: Mangsa Kebakaran Putra Heights Tolak Bantuan Asnaf RM500, Sifatkan Diri Pembayar Zakat – LZS

Artikel berkaitan: “Bilik ni jarang ditutup pintu” – Bilik Solat Terselamat Walau Rumah Rosak Teruk Akibat Kebakaran Putra Heights

Menurut Datuk Seri Amirudin Shari iaitu Menteri Besar Selangor, laporan berkenaan akan dibentangkan terlebih dahulu kepada Kabinet sebelum ia dikongsikan kepada umum.

Kejadian kebakaran itu telah menyebabkan puluhan kediaman penduduk musnah dan ada juga rumah dan premis yang tetap rosak meskipun tidak terbakar akibat suhu yang terlalu tinggi ketika kejadian.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.