syaz ft 2025 12 12T165325.303

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) mendapatkan laporan penuh daripada Malaysia Athletics (MA) berhubung penarikan diri atlet Danish Irfan Tamrin baru-baru ini, yang telah menarik perhatian meluas.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin kerana ia dianggap sebagai perkara yang serius.

Artikel berkaitan: Nama Atlet Muda Olahraga Didakwa Digugurkan Dari Pasukan Sukan SEA Untuk Beri Ruang Pada Atlet Senior?

Artikel berkaitan: Sukan SEA Kembali Lagi, Ini 5 Negara Yang Kerap Jadi Tuan Rumah Bagi Sukan SEA

“Kita tidak boleh membuat kesimpulan hanya berdasarkan laporan di media sosial. Siasatan sedang dijalankan.

Sekiranya terdapat sebarang salah laku, MSN akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya pada sidang media mengenai geran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.

Terdahulu, timbul dakwaan di media sosial bahawa pelari pecut negara itu dipaksa menulis surat penarikan diri daripada skuad 4×100 meter Malaysia ke Sukan SEA di Thailand, sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati netizen yang mendakwa ia bukti amalan kronisme dalam industri sukan negara.

Sementara itu, Hannah menegaskan bahawa semua keputusan pemilihan atlet mesti dibuat secara profesional dan berasaskan merit, mengambil kira faktor seperti catatan masa, jarak dan prestasi semasa.

“Saya ingin memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa pemilihan atlet dilakukan berasaskan merit. Jika tidak, Malaysia yang akan rugi,” tambahnya.

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.