Kes tragis di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka mengejutkan orang ramai apabila seorang pelajar Tingkatan 5 ditahan kerana disyaki membunuh ibu dan abangnya serta mencederakan adik kandung.
Berdasarkan siasatan awal, suspek yang merupakan anak kedua dipercayai mengalami tekanan dan dendam kerana sering dipaksa belajar demi mendapatkan keputusan cemerlang.
Kes ini menjadi bualan hangat pengguna media sosial, rata-ratanya menyuarakan kebimbangan isu kekeluargaan yang semakin terdedah kepada kes bunuh dan keganasan belakangan ini.
Artikel berkaitan: Tekanan Belajar & Dendam Punca Anak T*kam Ibu & Abang Sulung Di Melaka
Artikel berkaitan: Guru & Anak Sulung Ditemukan Meninggal Dunia, Dipercayai Dib*nuh
Ucapan sempena Hari Ibu raih perhatian ramai
Namun, beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Facebook guru berkenaan menjadi perhatian netizen.
Salah satu hantarannya mengenai ucapan sempena Hari Ibu yang disambut pada bulan lalu. Dia berkongsi semula video sempena Hari Ibu yang dihasilkan oleh anak sulungnya.
Katanya, dia begitu terharu dan itu pertama kali dia menerima sebuah video yang dihasilkan oleh keluarganya sendiri.
“Terima kasih kerana hasilkan video pendek sebagai hadiah Hari Ibu untuk saya.
“Walaupun tak dapat raikannya pada tahun ini, saya tetap gembira. Ini kali pertama saya terima video daripada keluarga.
“Ibu harap kamu semua jadi anak yang baik, mendengar kata, membesar dengan sihat dan gembira serta menjadi orang yang berguna. Sayang kamu semua!”
Beberapa hari sebelum kejadian, dia ada berkongsi hantaran satu petikan teks yang menuntut kasih sayang sesama adik-beradik.
Melihat kedua-dua hantaran tersebut, ramai mengucapkan ucapan takziah dan bersimpati atas insiden tragis yang menimpa keluarga ini.
Baru kehilangan suami
Menurut sumber, guru terbabit menjadi ibu tunggal sejak Januari 2025 selepas kematian suaminya. Sejak itu, dia mengambil tanggungjawab besar menjaga anak-anaknya di samping menjadi guru yang berdedikasi.
Menerusi perkembangan terkini, suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.