Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan (KKP) Indonesia mengenal pasti sekitar 700 lokasi di perairan negara itu yang dipercayai mengandungi harta karun atau objek berharga daripada kapal karam. Lokasi-lokasi ini berpotensi menyimpan artifak dan barangan antik yang memiliki nilai sejarah serta ekonomi yang tinggi.
Menurut Pengarah Sumber Marin di Direktorat Jeneral Pengurusan Marin KKP, Frista Yorhanita, kira-kira 90 peratus lokasi tersebut berkaitan kapal-kapal dari China. Beliau menjelaskan bahawa banyak daripadanya berada di sepanjang Laluan Sutera, laluan perdagangan purba yang sering digunakan oleh kapal-kapal China, khususnya di kawasan perairan Sumatera dan Jawa.

Setakat ini, nilai sebenar potensi harta karun tersebut masih belum dapat ditentukan dan akan dinilai oleh Kementerian Kewangan negara itu. Yorhanita berkata sebarang anggaran kasar tidak wajar dibuat kerana barangan antik memerlukan pemeriksaan teliti bagi menilai keadaan, sama ada masih utuh atau telah rosak, yang memberi kesan besar terhadap nilainya.
KKP setakat ini telah mengeluarkan 13 permit untuk kerja pengambilan muatan kapal karam di lokasi yang dikenal pasti, dan beberapa projek pemulihan sudah dijalankan. Namun, nilai keseluruhan artifak yang ditemui belum didedahkan.
Gambar HiasanPengurusan kargo kapal karam dikenal pasti sebagai salah satu keutamaan strategik KKP dalam mengurus sumber marin negara, di samping isu lain seperti pengurusan pemendapan marin, pembangunan biofarmakologi dan pengukuhan industri garam tempatan.
Sumber: Astro Awani

1 day ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















