Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membanteras peniaga air balang yang menjaja tanpa lesen di sekitar Jalan Raya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian melalui Facebook rasmi DBKL, pihak mereka melalui Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja air balang tanpa lesen sekitar KL tersebut.
Difahamkan, untuk mengelak dari dikesan oleh pihak DBKL, penjaja-penjaja air balang berkenaan sering bertukar lokasi menjaja.
Bukan itu sahaja, penjaja-penjaja berkenaan juga telah menyembunyikan barang berniaga mereka di bangunan sekitar Dataran Merdeka.
Artikel berkaitan: Peniaga ‘Naik Hantu’ Lepas Disuruh Alihkan ‘Food Truck’, Bertindak Gig*t Pegawai DBKL
Artikel berkaitan: “30 tahun hidup first time ni” – Robohkan Gerai Warga Asing Di Pasar Chow Kit, Netizen Puji DBKL
Menurut pihak DBKL lagi, penjaja-penjaja ini bukan sahaja menjalankan perniagaan tanpa lesen, malah mereka turut mengabaikan kebersihan kerana peralatan perniagaan mereka dibiarkan terdedah.
Selain itu, peralatan tersebut juga dikhuatiri tidak dibersihkan dengan sempurna.
Difahamkan, operasi membanteras penjaja air balang tanpa lesen ini dijalankan selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada orang awam yang tidak selesa dengan kehadiran penjaja-penjaja tanpa lesen berkenaan.
Kesemua barangan perniagaan penjaja-penjaja tidak berlesen itu seperti meja, bekas-bekas air balang telah disita dan dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
Pihak DBKL juga menyeru orang awam untuk membuat aduan tentang sebarang aktiviti melibatkan penjaja tidak berlesen ini menerusi saluran yang disediakan oleh DBKL.
Sumber: Facebook DBKL