Kasih seorang ayah sering kali terserlah melalui perkara yang dilakukan dalam diam: membaiki sesuatu yang rosak sebelum disedari sesiapa, mengecat semula dinding sebelum kotoran susah ditanggal, atau memastikan kediaman – luaran dan dalaman – sentiasa dalam keadaan terbaik. Dari menjaga penampilan luaran agar sentiasa kemas dan menawan, hingga memilih warna tahan lama yang mampu melawan cuaca, ayah adalah arkitek yang membina keselesaan dan kasih sayang dalam rumah tangga.
Sempena Hari Bapa ini, Nippon Paint meraikan ayah-ayah yang bukan sekadar membina rumah, tetapi mencipta kediaman yang tahan lama. Penghargaan wajar diberikan kepada para bapa bukan hanya sebagai penyedia atau pelindung, tetapi juga sebagai seniman – insan yang menzahirkan kasih melalui ruang, warna, dan dedikasi yang tidak pernah goyah.
Memperkenalkan Para Bapa
Ahmad Zabidi Ismail, 64, Ketua Pegawai Eksekutif
Bapa kepada dua anak dewasa, Zabidi berasa bangga terhadap kekukuhan dan perlindungan rumahnya. Baginya, memastikan fasad rumah sentiasa rapi dan bersedia menghadapi cuaca bukan sekadar penjagaan – ia adalah caranya untuk mengatakan, “Ini adalah ruang selamat untuk kami sekeluarga.”
Michael Haris Moi, 76, Pesara
Michael membina sudut bacaan khas untuk anak perempuannya, Sarah, beberapa dekad lalu. Dicat dengan warna ketenangan “Forest Fog”, sudut itu masih kekal sebagai tempat menenangkan diri hingga kini pada usia 34. Bermula sebagai tempat untuk membaca buku cerita sebelum tidur, kini menjadi lambang kasih sayang seorang ayah yang tiada penghujung.
Prakash Jayakumar, 38, Perunding Perhubungan Awam
Kini melalui fasa kegembiraan dan cabaran mendidikkan anak kecil, Prakash baru berpindah ke rumah bertanah pertama mereka. Berpandukan Lookbook Nippon Paint, beliau menyerlahkan kekuatan dan kasih sayang diruang rumah dengan warna Autumn Amber dan Steel Storm – kisah tona yang menggambarkan perjalanannya daripada seorang ayah baru kepada ayah yang mencari rentak dalam menjadi ayah yang lebih baik.
Ruang-Ruang Kasih Yang Dicipta
Perlindungan Rumah Yang Kukuh
Rumah Zabidi berdiri dengan penuh bangga dalam ketenangan warna Aquamarine Mist (NP 2101) dan dilandaskan keseimbangan semula jadi Cactus Cream (NP 1817). Bahagian luarnya tidak menjerit meminta perhatian, tetapi cukup untuk memberi perasaan keselamatan.
“Rumah ini bukan sekadar tempat tinggal; ia adalah perkara pertama yang anak-anak saya lihat selepas melalui hari yang meletihkan. Saya ingin rumah kami kelihatan dan terasa seperti tempat yang selamat, stabil, dan dilindungi,” katanya. Bagi Zabidi, menjaga bahagian luar rumah bukan tentang penampilan semata. Ia adalah tanda cinta. “Macam jadi ayah,” katanya sambil tersenyum. “Kita bertindak dalam diam. Pastikan semuanya kekal utuh. Mereka mungkin tak selalu nampak, tapi mereka akan merasakannya.”
Qistina, anak perempuannya, mengingati suatu malam ketika beliau masih belajar di universiti. “Saya memandu pulang lewat malam ketika hujan lebat. Rasa penat dan letih, tapi bila saya sampai rumah, saya nampak cahaya lembut dari lampu anjung dan warna cat rumah yang terang dalam kabus. Seolah-olah rumah itu sedang menungguku.” Dia berhenti sejenak. “Ayah berdiri di pintu, dengan payung di tangan. Dia tak cakap apa-apa, cuma buka pintu kereta dan kata, ‘Jom masuk.’ Saya takkan lupa perasan kasih dan selamat detik tersebut.”
Bagi Zabidi, kasih tidak perlu lantang. Ia ada pada dinding yang tidak mengelupas, cat yang tidak luntur, dan rumah yang sentiasa menjadi benteng ketenangan.
Sudut Tenang, Dicipta Khas Untuknya
Terletak di tepi tingkap lebar di bahagian belakang rumah adalah sudut bacaan yang tenang – pencahayaan lembut, suasana selesa, dan warna Forest Fog (NP 3059) yang menenangkan. Ia bukan ruang yang menonjol, tetapi cukup untuk meredakan emosi dan memberi ketenangan.
Michael mencipta ruang itu khas buat Sarah, yang sentiasa terbuai dalam dunia buku. “Dia perlukan tempat yang sesuai untuk berimaginasi dan menyelami dunia buku yang penuh keajaiban – tenang, penuh renungan. Itulah sebab saya memilih Forest Fog. Warna yang tidak mendominasi ruang, tetapi cukup untuk menyempurnakan ruang,” kata Michael.
Kini, pada usia 34, Sarah hidup dalam dunia yang penuh komitmen dan tanggungjawab. Namun sudut ini, warna ini, dan kasih sayang di ruang ini tetap tidak berubah. “Semenjak melangkah ke alam dewasa, hidup sering menarik saya ke pelbagai arah. Kadang-kadang saya rasa seakan hilang fokus. Tapi apabila saya kembali ke ruang ini, saya rasa tenang dan yakin semula. Warna hijau lembut di dinding ini tetap menjadi ruang paling selamat untuk saya.”
Disamping rak bukunya dan Sarah berkata dengan perlahan, “Ini bukan sekadar sudut bacaan. Inilah cara ayah saya berkata, ‘Saya sentiasa memerhatimu. Saya sentiasa disisimu.’ Masih sama — walau setelah sekian lama.'”
Ruang untuk Membesar Bersama
Prakash tidak menyangka betapa besar perubahan yang dibawa oleh seorang anak dalam sebuah rumah – dan dalam hatinya. Tiga tahun lalu, kehadiran anak lelakinya mengubah segalanya. Setiap keputusan kini berlandaskan kasih sayang: dari pemilihan warna, memastikan keselamatan di setiap sudut, hinggalah mencipta ruang untuk masa bersama keluarga, sama ada bermain mahupun ketawa.
Apabila berpindah ke rumah pertama mereka, kekosongan ruang menjadi satu cabaran. Prakash mendapatkan inspirasi dari Lookbook Nippon Paint. Autumn Amber (NP 2134) dipilih kerana warnanya ceria dan penuh tenaga. Dipadankan dengan Steel Storm (NP 0522), kelabu yang menenangkan, rumah beliau kini dilengkapi dengan pelbagai ruang yang mempunyai suasana berbeza – terdapat ruang yang mencetuskan tenaga untuk bermain, ada yang penuh harmoni untuk mencipta memori bersama keluarga yang bermakna.
“Rumah inilah tempat kami meluangkan kebanyakan masa – membaca buku, menyepahkan mainan, bergurau, dan menari,” katanya sambil ketawa. “Masa mula-mula jadi ayah, saya takut. Tiada garis panduan, tiada amaran – cuma bayi kecil yang bergantung pada saya.” Tapi kini, melihat anaknya membesar, beliau sedar betapa dirinya semakin berubah menjadi versi terbaik dirinya.
“Kekadang saya rasa macam gagal,” katanya, “tapi bila anak peluk saya tanpa sebab, atau ketawa pada sesuatu yang hanya kami faham, saya tahu inilah kekuatan dan kasih seorang ayah – sentiasa hadir, walaupun penat. Mencipta ruang yang berkata: ‘Kamu selamat. Kamu disayangi.’”
Galeri Palet Kasih Ayah
Berikut beberapa warna pilihan Nippon Paint, diinspirasikan daripada keperibadian dan kasih sayang seorang ayah – untuk ruang yang melindungi, memupuk ikatan, dan membina kenangan bersama keluarga:
Untuk Si Pelindung Gagah
Pumpkin Pop (NP 2471) & Unstoppable (NP 3072)
Warna ceria dan tahan lama – sesuai untuk dinding luar rumah yang mencerminkan kekuatan dan kebanggaan seorang ayah.
Untuk Ayah yang Sentiasa Belajar dan Membimbing
Jungle Foliage (NP 7636)
Hijau pekat yang memberi rasa tenang, ideal untuk ruang kerja dan tempat peribadi seorang ayah sebagai ruang tanpa gangguan untuk fokus.
Untuk Lelaki Berjiwa Klasik
Forest Fog (NP 3059)
Warna yang cerah, kekal, dan menenangkan – seperti kasih senyap yang mengisi setiap sudut rumah seorang ayah.
Di Nippon Paint, kami percaya bahawa seorang ayah, sejajar dengan rumah yang dibinanya, dicipta untuk bertahan. Kasih mereka terpahat pada permukaan kukuh, rupa yang teguh dan dipercayai, dan sudut yang tenang. Warna adalah bahasa senyap mereka – cara kasih mereka hadir, setiap hari.
Encik Tay Sze Tuck, Pengurus Besar Nippon Paint Malaysia berkata: “Di Nippon Paint, kami percaya warna bukan sekadar soal estetik. Bagi seorang ayah, setiap sapuan berus adalah suatu janji yang konsisten. Sama ada mencipta dinding luar yang selamat atau ruang dalaman yang menenangkan, kami berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka membina rumah yang berbicara dalam setiap tona.”
Sempena Hari Bapa ini, raikan seniman dalam diri setiap ayah. Temui warna yang menceritakan kisah dan warnai kediaman anda dengan kekuatan, kasih dan warisan keluargamu. Terokai Kad Warna & Lookbook Nippon Paint untuk inspirasi pengecatan dalaman dan luaran:
https://www.nipponpaint.com.my/colourcard