Baru-baru ini, peminat K-Drama terutamanya peminat, Kim Soo Hyun iaitu aktor popular Korea telah dikejutkan dengan kontroversi yang melanda pelakon drama Queen of Tears itu apabila dia didakwa merupakan seorang pedofil kerana pernah menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon, mendiang Kim Sae Ron ketika wanita itu berusia belasan tahun.
Susulan kontroversi tersebut, pengikut di Instagram Kim Soo Hyun juga dilaporkan telah menurun kerana ramai bekas peminat telah tidak lagi mengikuti akaun pelakon tersebut.
Selain itu, jenama mewah, Prada telah menamatkan kontrak Kim Soo Hyun sebagai duta produk tersebut susulan kontroversi yang melanda pelakon itu, lapor laman web hiburan Korea, Soompi.
Keputusan itu dilaporkan telah didedahkan oleh wakil jenama Prada Korea.
Artikel Berkaitan: “Itu gambar tahun 2020” – Agensi Sangkal Dakwaan Kim Soo Hyun Bercinta Ketika Kim Sae Ron Bawah Umur
Artikel berkaitan: Kim Sae Ron Didakwa Hantar Mesej Merayu Pada Kim Soo Hyun, Luah Tak Mampu Bayar Hutang RM2.1 Juta
Untuk makluman, Kim Soo Hyun sebelum ini telah dilantik menjadi duta Prada pada bulan Disember tahun lalu.
Selain itu, turut tular gambar di media sosial bahawa terdapat beberapa jenama produk lain yang sebelum ini menjadikan Kim Soo Hyun sebagai model dan duta produk mereka dikatakan telah menurunkan iklan fizikal yang memaparkan wajah pelakon lelaki itu dari papan iklan di sekitar Korea.
Sumber: Soompi
Sumber: X