syaz ft 2025 12 09T160803.285

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera pada jari telunjuk kanan selepas digigit seekor ular sawa batik seberat satu kilogram ketika sedang tidur di biliknya di Kampung Chabang Empat, Panji, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu berlaku ketika mangsa tidur bersama abangnya sebelum tiba-tiba terjaga akibat kesakitan pada jarinya.

Artikel berkaitan: Pelik Nampak Kain Batik Dekat Siling Tandas, Guru Terkejut Rupanya Ular Sawa 60kg

Artikel berkaitan: Ular Sawa Menyorok Dalam Mangkuk Tandas, Kanak-kanak Cedera Dipatuk Ketika Buang Air Kecil

Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu, Norlinawati Sawaludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.01 pagi dan segera menghantar anggota ke lokasi untuk menangkap reptilia tersebut.

Katanya, sebaik tiba, pasukan APM menemui ular sawa batik berkenaan di tepi almari dalam bilik yang sama, hanya beberapa meter dari tempat mangsa tidur.

“Anggota mengambil masa lima minit untuk menangkap ular sepanjang satu meter itu. Dalam kejadian itu, mangsa mengalami luka pada jari telunjuk kanan,” katanya.

Ular tersebut kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi APM Kota Bharu di Tunjong untuk tindakan lanjut.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.