Usahawan terkenal di media sosial baru-baru ini iaitu Khalieda Yusra atau lebih dikenali sebagai Kieda Crepe menjadi bualan ramai susulan videonya yang memberitahu dia terkena penyakit herpes.
Sebelum ini, pekerja Kieda Crepe menjelaskan bahawa Kieda tidak terlibat dalam produksi makanan di kedainya, ia susulan ramai yang risau akan makanan yang sudah dibeli di kedai tersebut.
Artikel berkaitan: “Dia tak handle makanan di kedai” – Risau Penyakit Berjangkit, Pekerja Kieda Crepe Beri Penjelasan
Artikel berkaitan: “Malu sangat mendengarnya” – Ustazah Norhafizah Musa Tegur Gurauan L*cah Kieda Crepe
Dalam laman Facebook miliknya, Kieda menjelaskan dia sendiri sudah lama tidak masuk ke kedainya kerana terlalu sibuk untuk persiapan rumah.
“Jujur Kieda dah lama tak masuk focus di kedai sebab sibuk masuk rumah baru. Jangan risau bab kedai semua staff handle , saya cuma pantau dari rumah.
Saya ada team yang hebat untuk handle semua . Kieda kalau doc bagi cuti seminggu pun, kieda tetap suruh doc bagi cuti sebulan sebab kerja luar saya banyak.
Ya tahu tak suka kieda , tapi takpayah tokok tambah cerita banyak sangat. Kita kata kat kieda macam-macam. Tapi kita support kieda pun tak , so waktu kieda buat salah la nak hentam dan ajak orang lebih benci kieda kan?” tulisnya.
Dalam masa yang sama Kieda juga berkata dia selepas ini akan lebih berhati-hati dalam memuat naik kandungan di media sosial.
Sumber: Facebook