syaz ft 2025 12 03T164116.127

Pasukan media sosial White House kini berdepan kritikan hebat selepas menggunakan lagu popular “Juno” nyanyian bintang pop Sabrina Carpenter dalam sebuah video yang memaparkan pegawai penguat kuasa menahan beberapa individu dalam operasi yang kelihatan seperti tindakan imigresen.

Video tersebut, yang dimuat naik di platform rasmi White House, menggunakan lagu “Juno” sebagai muzik latar sambil menunjukkan detik pegawai menahan suspek dalam usaha menangani isu imigresen di negara itu.

Artikel berkaitan: “Macam mimpi!” –  Alan Walker Buat Kejutan, Belanja Satu Kelas Tiket Konsert!

Artikel berkaitan: Bertekak Dengan Trump, Rusia Anggap Lawatan Presiden Ukraine Ke Amerika Satu Kegagalan

Have you ever tried this one?

Bye-bye 👋😍 pic.twitter.com/MS9OJKjVdX

— The White House (@WhiteHouse) December 1, 2025

Tindakan itu menimbulkan kemarahan Sabrina Carpenter, penyanyi itu sebelum ini menegur White House kerana menggunakan muziknya tanpa kebenaran untuk tujuan yang disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.

cats 3

“Video ini jahat dan menjijikkan. Jangan sesekali libatkan saya atau muzik saya untuk menguntungkan agenda tidak berperikemanusiaan anda,” tulisnya.

Selepas menerima kecaman daripada peminat dan Carpenter sendiri, White House mengeluarkan kenyataan balas melalui jurucakapnya, Abigail Jackson.

“Ini mesej Short n’ Sweet untuk Sabrina Carpenter: kami tak akan minta maaf kerana mengusir penjenayah berbahaya pembunuh, perogol dan pedofil tanpa izin dari negara kami.

Sesiapa yang mempertahankan makhluk keji ini pasti bodoh… atau lambat?” katanya dalam satu kenyataan.

Kontroversi ini menambah lagi siri perdebatan mengenai penggunaan lagu artis popular dalam kandungan politik White House, terutama ketika isu imigresen terus menjadi fokus utama pentadbiran itu.

Sumber: CNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.