kim seri kahwin

Wah ke jinjang pelamin juga akhirnya! 

Pempengaruh yang terpalit dengan dakwaan penipuan pakej pelancongan, Kim Seri atau nama penuhnya, Seri Azlina, 40, selamat bergelar isteri kepada jejaka Korea Selatan yang dikenali sebagai Choi Amin.

Berita gembira itu diumumkannya menerusi hantaran di Instagram yang memaparkan gambarnya bersama suami, dipercayai selepas pernikahan mereka dengan kapsyen romantis.

Dua jiwa. Satu janji. Satu perjalanan. Semoga Allah memberkati perkahwinan ini dan menjadikan kami antara pasangan yang mengikut syariat-Nya,” tulis Seri.

Selain itu, Kim Seri juga memuat naik gambarnya dengan suami di sebuah kedai serbaneka yang dikatakan menjadi tempat di mana hubungan mereka terjalin.

“Mohon doa dari anda semua” 

Hantaran mengenai perkahwinannya dengan jejaka bernama Choi Amin itu ternyata mendapat perhatian netizen terutama mereka yang didakwa menjadi mangsa kes penipuan pakej pelancongan tersebut.

Sedar akan hal tersebut, Kim Seri bagaimanapun memohon netizen untuk mendoakan yang baik-baik buat dirinya dan semoga perkahwinan itu menjadi pintu kepada rezeki yang membolehkannya untuk menyelesaikan segala hutang-hutang yang tertunggak.

IMG 3978

Pada masa yang sama, dia juga tidak mahu mengulas atau ambil tahu mengenai sebarang komen negatif yang dilemparkan sesetengah individu terhadapnya dan memilih untuk mengaminkan doa-doa yang baik sahaja.

kim 1

Moga ada doa-doa baik yang dimakbulkan Allah untuk memulakan perjalanan dalam kehidupan yang baru,” katanya.

Harap Kim Seri lebih gigih lepas ini cari wang untuk selesaikan hutang yang tertunggak. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.