ft fara shuk

Kemelut rumah tangga antara Fara Salleh dan Shuk Sahar dilihat seperti semakin berlarutan apabila isteri kepada pelawak tersebut ada memuat naik satu video imbasan kandungannya itu.

Selain itu, video tersebut mengandungi kata-kata yang mencuri tumpuan netizen kerana ia seolah-olah menunjukkan Fara Salleh kini dalam keadaan patah hati.

Artikel berkaitan : “Kau hina cakap aku mengandung anak h*ram” -Fara Salleh Dedah Terima Layanan Buruk Dari Shuk Ketika Hamil

Artikel berkaitan : Shuk Sahar & Fara Salleh Tunai Umrah Bersama, Netizen Lega Hubungan Dah Pulih

Pada awal video, Fara ada mengulangi kata-kata daripada seseorang yang seperti membuatkan hatinya terguris.

“Biar hilang anak bini asal jangan hilang kawan. Isteri itu beban, kawan-kawan punca rezeki” –saudagartemasek-

Berdasarkan pemantauan min, ‘saudagartemasek’ yang dimaksudkan itu seperti Shuk Sahar memandangkan hashtag dan akaun review TikTok miliknya menggunakan nama tersebut. Walaubagaimanapun masih belum ada kepastian jika ia betul-betul kata-kata daripada Shuk Sahar.

Pun begitu, daripada kata-kata yang ditulis itu, Fara menjelaskan yang dia sudah reda dengan mengatakan bahawa tiada siapa yang akan halang untuk berkawan sekarang serta individu yang dia maksudkan itu kini tiada lagi halangan untuk dia keluar malam, bebas berkomunikasi dan bebas daripada segala aspek.

“You’re free now, dan aku juga bebas seperti mana kebebasan kau.”

@officialfarasalleh

Selamat berpuasa

♬ Anugerah Terindah – Andmesh

Menjengah ke ruangan komen, Fara dilihat seperti kecewa kerana suami tiada di sisi saat dia melakukan pemeriksaan lanjut mengenai kandungannya.

Screenshot 2025 03 03 131648 Screenshot 2025 03 03 131718

Mudah-mudahan di bulan Ramadan yang mulia ini, masing-masing dapat lah muhasabah diri.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.