Bagai tiada rasa takut, netizen baru-baru ini terkejut apabila tular sebuah akaun di TikTok dengan selamba memuat naik content memaparkan servis ‘haram’ yang dilakukan mereka di negara kita ini.
Servis itu didakwa melibatkan perkhidmatan rentas sempadan perairan negara Malaysia ke Indonesia secara haram dengan menggunakan ‘jalan belakang’.
Daripada video-video yang dikongsikan, individu ini katanya menawarkan perkhidmatan itu kepada pendatang asing Indonesia yang digelar Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang didakwa menetap secara haram di negara ini, dalam senarai blacklist atau mengalami masalah dokumentasi untuk pulang ke Indonesia dengan cara ‘aman’ atau selamat.
@speedboat_tkiMembalas @asnadirantau Salam anak rantau 💪 #anakrantau #pejuangringgit #fypage #tkimalaysia🇲🇾🇮🇩semangat
♬ DJ TIA MONIKA REMIX DJ MALBAR BASSGANGGA – Malbar OnTheBeat
Individu ini juga didakwa menawarkan laluan perjalanan melalui laut di pelbagai kawasan termasuklah dari Selangor ke Riau atau Medan di Indonesia.
Jadual perjalanan pula dilakukan sebanyak 2 kali sehari dan individu ini juga menyatakan yang perkhidmatannya ini dilakukan secara ‘illegal’.
@speedboat_tkiMembalas @irasrirahayu579 Yang mau bertanya tanya tanya saja ya yang kawan-kawan mimin siap jawab kok 😊 #pejuangringgit #tkimalaysia #anakrantaumalaysia🇲🇾🤝🇮🇩
♬ suara asli – king plat DA – king plat DA
Selain itu, pihak ini juga katanya menawarkan perkhidmatan menjemput ‘penumpang’ dari tempat mereka menetap dan menghantar terus ke destinasi yang ditujui.
Artikel berkaitan: Selar Insiden Jemaah Meninggal Dalam Pesawat, Arab Saudi Beri Amaran Potong Kuota Haji Indonesia
Artikel berkaitan: Ahli Politik Indonesia Dipuji Merendah Diri, Melawat Kedai Sate Di Kajang Yang Pernah Dia Kerja Pada Tahun 2001
“Dorang ni cabar negara kita ke?”
Hantaran tersebut ternyata mengundang pelbagai komen daripada netizen yang menyatakan minat dengan khidmat berkenaan, namun ramai di kalangan rakyat Malaysia yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku.
Meskipun ada yang menyatakan bahawa video-video berkenaan boleh menjadi bukti untuk dibawa ke pengetahuan pihak berkuasa, individu yang memuat video ini dilihat membalas komen seperti tidak takut dengan amaran tersebut.
Apa-apapun, ramai berharap isu ini mendapat perhatian pihak berwajib untuk menyiasat kesahihan di sebalik apa yang berlaku.
Ramai juga bimbang jika perkara ini menunjukkan betapa lemahnya kawalan terhadap perairan sempadan negara.
Sumber: TikTok