Satu kes menggemparkan berlaku semalam di Jalan Tok Keling, Alor Setar, Kedah di mana seorang anak disyaki membunuh ibunya sendiri.
Lebih tragis, ibu itu dibunuh sebelum dibakar oleh anaknya yang difahamkan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU).
Lelaki berusia 43 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini, perintah tahanan itu dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan kerana membunuh.
Artikel berkaitan: Ambulans Terkandas Akibat Cerun Runtuh, Ibu Hamil Terpaksa Dibedah Kerana Bimbang Bayi Lemas
Artikel berkaitan: Pekerja Pajak Gadai Ditahan Untuk Bantu Siasatan Kes Bun*h Peniaga Wanita
Menurut laporan Kosmo!, ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah selain tiada rekod jenayah lampau, suspek didiagnos mengalami masalah mental pada Disember 2019.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerima panggilan MERS999 berhubung satu kejadian mengamuk di sebuah rumah kampung di lokasi tersebut kira-kira pukul 7.48 pagi semalam.
“Sepasukan polis diarah ke lokasi kejadian untuk tindakan awal sejurus maklumat diterima. Sebaik tiba di lokasi, polis telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki dipercayai suspek yang dikatakan mengamuk seperti dilaporkan.
Pemeriksaan lanjut polis menemui satu mayat dalam keadaan terbakar di dalam rumah dipercayai telah dibunuh,” katanya.
Wanita warga emas berusia 68 tahun itu maut dalam keadaan tragis apabila mayatnya ditemukan terbakar dipercayai akibat perbuatan anak lelakinya sendiri.
Sumber: Kosmo!