IBE International Beauty Expo (IBE) akan kembali membawa inovasi dan peluang besar kepada para profesional kecantikan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 hingga 5 Jun 2025. Ini adalah acara yang wajib dihadiri oleh semua yang terlibat dalam industri kecantikan untuk bertemu, berkongsi ilmu dan memperluaskan perniagaan.
Pameran utama untuk industri kecantikan Asia
IBE International Beauty Expo bukan hanya sekadar pameran, tetapi platform utama bagi semua yang terlibat dalam industri kecantikan untuk bertemu, berkongsi ilmu dan membuka peluang perniagaan baru. Sebagai pameran B2B profesional yang paling dinanti, IBE 2025 dijangka akan menarik lebih dari 16,000 pembeli tempatan dan antarabangsa, dengan lebih dari 430 jenama dari seluruh dunia. Dari produk kecantikan, penjagaan kulit, produk rambut hingga peralatan kecantikan, semuanya ada di sini!
Apa yang ada di IBE 2025?
1. Pameran produk dari jenama terkemuka
Pameran kali ini akan memperkenalkan produk dari 28 negara. Lebih 430 peserta pameran akan mempamerkan produk terbaru dalam dunia kecantikan. Bagi mereka yang ingin mencari produk kecantikan terkini atau mencari peluang kerjasama, IBE adalah tempat yang sesuai. Bukan hanya sekadar pameran, korang juga boleh terus membeli produk yang korang suka atau melakukan perbincangan kerjasama dengan jenama yang ada.
Selain itu, korang juga boleh jumpa Dr. Leo sebagai salah satu jenama yang akan dipamerkan selepas Chando Himalaya.
2. Pusat perniagaan dan peluang ‘networking’
Sekiranya korang seorang pengusaha kecantikan atau profesional yang ingin mengembangkan perniagaan, ini adalah peluang yang tepat! IBE 2025 akan mengadakan lebih 300 sesi padanan perniagaan, memberi peluang kepada korang untuk bertemu dengan pembekal, pengedar, dan rakan kongsi yang boleh membantu perniagaan korang berkembang.
3. Seminar, bengkel dan pembentangan kecantikan
Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri seminar dan bengkel yang akan memberi insight terkini tentang trend kecantikan, pemasaran digital dan strategi pengurusan perniagaan. Semua seminar ini akan dikendalikan oleh pakar-pakar industri. Sekaligus beri korang peluang untuk belajar dan mengembangkan kemahiran dalam bidang kecantikan.
4. MIVA World Excellence Cup
Acara kemuncak IBE 2025 ialah MIVA World Excellence Cup yang akan menampilkan pertandingan kecantikan antarabangsa. Untuk kali ini, MIVA World Excellence Cup akan menampilkan piala kemahiran kecantikan paling mahal di dunia yang bernilai USD 21,000. Jika korang seorang pakar solek, pendandan rambut atau ahli kecantikan, inilah peluang korang untuk memenangi anugerah dan mendapatkan pengiktirafan atas kemahiran dan pencapaian korang dalam bidang ini.
Selain itu, mereka juga akan mengadakan beberapa pertandingan kecantikan lain dengan kerjasama JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran) dan Malaysia Bumiputera Make-up Artist Association (MBMUAA). Jadi, pastikan korang hadir untuk menyaksikan kemeriahan ini!
5. Perundingan TCM Percuma Setiap Hari
Bukan itu sahaja, IBE 2025 juga akan menyediakan Perundingan TCM (Traditional Chinese Medicine) secara percuma setiap hari dari 11 pagi hingga 3 petang. Ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang rawatan tradisional Cina dalam dunia kecantikan dan kesihatan.
Daftar Segera dan Dapatkan Akses Awal
Daftar lebih awal untuk akses VIP ke sesi padanan perniagaan, dapatkan laporan trend industri terkini dan buat tempahan untuk sesi perbincangan one-on-one dengan pembekal serta jenama-jenama terkemuka. Korang boleh daftar dengan 4 langkah mudah:
- Kunjungi laman rasmi IBE
- Klik pada butang “Daftar Sekarang”
- Isikan maklumat peribadi
- Hantar dan selesaikan pendaftaran!
Jangan Lepaskan Peluang Ini
Dengan lebih 16,000 pembeli, 430 peserta pameran dan pelbagai peluang padanan perniagaan, IBE 2025 adalah pameran yang tidak boleh dilepaskan!
Lagi-lagi kalau korang nak kembangkan perniagaan, dapatkan produk terbaru, atau bangunkan rangkaian perniagaan, pastikan korang hadir di Kuala Lumpur Convention Centre pada 2 hingga 5 Jun 2025.
Daftar sekarang untuk pastikan tempat korang dan jangan ketinggalan untuk grab peluang besar ni!
Untuk lebih maklumat dan pendaftaran, lawati IBE International Beauty Expo 2025.