Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah mengurangkan hukuman penjara terhadap bekas pekerja IT dari 16 tahun kepada 12 tahun kerana menyebabkan kematian seorang pengurus bank dalam insiden samseng jalan raya pada 2019 di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Nordin Hassan membuat keputusan tersebut selepas membenarkan rayuan Yew Wei Liang agar mengurangkan hukuman penjara terhadapnya. Oleh itu, mahkamah telah memerintahkan Wei Liang untuk menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 10 Ogos 2019.
Artikel berkaitan : Kes Kematian Syed Danial 4 Tahun Lalu, Bekas Pekerja IT Didapati Bersalah
Artikel berkaitan : Pernah Tular 4 Tahun Lepas, Suspek Kes Bunuh Syed Muhammad Danial Diminta Bela Diri
Namun begitu, panel hakim yang turut dibarisi Datuk Seri Vazeer Alam Mydin Meera dan Datuk Lee Swee Seng menolak rayuan Wei Liang terhadap sabitannya untuk kesalahan yang telah menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Shakir.
Dalam penghakimannya, Nordin mengatakan yang tidak ada berlaku kekhilafan dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang mewajarkan Mahkamah Persekutuan campur tangan.
Wei Liang, 47, bagaimanapun memohon agar sabitannya itu digantikan dengan sabitan mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan balas terhadap sabitan bekas pekerja IT berkenaan bagi kesalahan yang telah menyebabkan kematian digantikan dengan sabitan bagi kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Untuk rekod, Wei Liang dituduh melakukan perbuatan itu di Kilometer 293.6 Lebuhraya PLUS (Kuala Lumpur-Seremban) sekitar jam 1 tengah hari dan 2 petang pada 10 Ogos 2019.

Pada 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan dia bersalah menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan serta menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman itu pada Mac lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee berhujah bukti secara konklusif menunjukkan bahawa suspek berniat untuk menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Syed Muhammad Danial dan dia telah memandu keretanya ke arah pengurus bank tersebut serta melanggarnya yang sedang melarikan diri, sambil menambah tindakan itu bukan satu kemalangan.

Peguam Datuk N Sivananthan pula berhujah bahawa hukuman penjara selama 16 tahun adalah keterlaluan, merujuk kepada penemuan Mahkamah Rayuan bahawa rakaman video insiden menunjukkan Wei Liang cuba mengundurkan kenderaannya ketika mangsa mengambil kayu besbol dan memukul kereta tertuduh berkali-kali, jelasya tindakan itu disifatkan sebagai provokasi yang mampu mencetuskan kemarahan mendadak dan mendalam sehingga menyebabkan hilang kawalan diri.
Dengan pengurangan tempoh hukuman penjara, Wei Liang dijangka dibebaskan dari Penjara Kajang pada 2027 dan berasa lega dengan keputusan terbabit.
Sumber : Berita Harian

4 hours ago
4






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















