mekyun sound dma islam wanita tugas wanita kangkang

Kenyataan seorang lelaki yang dikenali sebagai DMA Islam yang menganggap tugas wanita hanya mengemas rumah dan ‘mengangkang’ membuatkan pempengaruh Mekyun berasa berang.

Menerusi satu perkongsian video di akaun media sosialnya, Mekyun menyatakan pandangan sebegitu terlalu stereotaip dan tidak mencerminkan realiti sebenar peranan wanita dalam institusi kekeluargaan masa kini.

Menurutnya, kenyataan DMA Islam jelas merendahkan martabat wanita dan lelaki yang mempunyai pemikiran sebegitu sebenarnya menjadi punca ramai wanita hilang rasa hormat terhadap kaum lelaki.

“Lelaki dengan mentaliti macam ini lah punca ramai perempuan hilang respect dekat lelaki. Ingat ya, perempuan bukan pengemas rumah dan kerja kangkang saja. Perempuan bukan objek. Perempuan bukan hamba,” tulisnya.

Artikel berkaitan: “Belajar hormat orang lain” – Tular Video Rebus Daging Khinzir Dalam Cerek Hotel, Ini Respon Mekyun

Artikel berkaitan: “Nabi Muhammad SAW ada bantu isteri” – Dakwa Lelaki Buat Kerja Rumah Tak Sejati, PU Syed ‘Sekolahkan’ DMA Islam

Mekyun juga menyatakan wanita kini mampu menjaga kesejahteraan emosi dan mental anak serta suami dan pada masa yang sama tetap mampu menjaga diri sendiri.

“Lelaki yang ada pemikiran macam itu bukan alpha dan pemimpin. Itu adalah definisi lelaki yang insecure dan takut wanita lebih hebat dari ego dia sendiri,” ujarnya.

Justeru, Mekyun menegaskan agar tidak menormalisasikan mentaliti dan pandangan yang merendahkan kaum wanita.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.