ft syed bella mahkamah

Penyanyi dan pelakon, turut hadir untuk memberi sokongan kepada sahabatnya, Syed Saddiq terhadap rayuan berkenaan dengan sabitan dan hukuman Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) membabitkan Ahli Parlimen Muar itu di Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini.

Bella yang tampil berbaju kurung itu tiba ke perkarangan Istana Kehakiman kira-kira 5 minit selepa bekas Menteri Belia dan Sukan itu tiba sekitar 8.50 pagi tadi.

Artikel berkaitan : “Nak bawa jumpa ke?” – Pilihkan Tudung, Netizen Agak Syed Saddiq Nak Bawa Bella Jumpa Umi?

Artikel berkaitan : Dapat Derma Orang Ramai, Engku Emran ‘Cabar’ Syed Saddiq Kongsi Data Strava Larian 200KM Dari Muar Ke Parlimen

Screenshot 2025 03 19 084343 1

Dalam pada itu, Syed Saddiq juga terhutang budi dengan Bella dan anggap dia sebagai wanita luar biasa. Beliau turut diiringi ahli keluarga terdekat termasuk bapanya, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah dan ibu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.

Screenshot 2025 03 19 110743

Menurut sumber, setakat ini, kira-kira 30 penyokong Ahli Parlimen Muar itu berhimpun di pekarangan Istana Kehakiman bagi mengikuti proses rayuan terhadap sabitan dan hukuman empat tuduhan berkaitan dana ARMADA.

Dalam ke sini, Syed Saddiq mencipta sejarah sebagai wakil rakyat pertama dikenakan sebatan kerana melakukan kesalahan jenayah kolar putih.

Screenshot 2025 03 19 110656

Untuk rekod, Syed Saddiq didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023 kerana bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Sumber : Berita Harian, Malaysia Gazzette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.